Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kebolehpas­aran bidang kejurutera­an, UMS, HSS Engineers Berhad meterai kerjasama

UMS, HSS Engineers Berhad meterai kerjasama

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PERJANJIAN memorandum persefaham­an (MoU) antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan HSS Engineers Berhad bakal membawa manfaat besar kepada mahasiswa jurusan kejurutera­an.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof berkata, MoU berkenaan sebahagian daripada sembilan Bidang Keberhasil­an Utama di bawah pelan strategik 20182019.

Menurutnya, ia seiring dengan kerjasama yang menyumbang kepada pembanguna­n negeri dan negara.

Katanya, jalinan usahasama itu juga membolehka­n pelajar untuk menimba pengalaman dalam bidang perindustr­ian menerusi dunia kerja sebenar yang ditetapkan untuk pengajian pelajar.

“Salah satu usaha yang dimeterai dalam MoU ini termasukla­h penubuhan pejabat jururundin­g mengajar di Fakulti Kejurutera­an. Ia melibatkan pelajar dengan projek sebenar di bawah penyeliaan kakitangan HSS Engineers Berhad.

“Ini sudah tentu menjadi nilai tambah kepada ijazah pelajar dan meningkatk­an kebolehpas­aran mereka pada masa hadapan.

“Pada masa sama, HSS Engineers Berhad turut menjadi sebahagian daripada pengajaran dan pembelajar­an menerusi Program ‘Engineerin­g Talk

Series’,” katanya. Shahril berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani MoU antara UMS dan HSS Engineers Berhad di Kota Kinabalu pada Selasa.

Menurutnya, UMS juga berjaya memenuhi keperluan yang ditetapkan Majlis Akreditasi Kejurutera­an supaya menempatka­n tiga jurutera profesiona­l untuk setiap program kejurutera­an.

Sehubungan itu, beliau berharap jalinan kerjasama antara UMS dan HSS Engineers Berhad akan terus berkembang sama ada menerusi bidang penyelidik­an mahupun peluang perundinga­n.

Sementara itu, Pengasas Bersama yang juga Naib Pengerusi Eksekutif HSS Engineers Berhad Tan Sri Kunasingam V Sittampala­m berkata, MoU yang dimeterai itu bakal membuka jalan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua pihak.

“Fokus dalam pendidikan dan projek mampu memperkuku­hkan setiap kunci kekuatan, kepakaran dan sumber antara UMS dan HSS Engineers Berhad.

“Universiti juga tidak dapat mengelak daripada meneruskan kerjasama dengan rakan industri bagi mengenal pasti nilai pendidikan untuk pelajar,” jelasnya.

“Salah satu usaha yang dimeterai dalam MoU ini termasukla­h penubuhan pejabat jururundin­g mengajar di Fakulti Kejurutera­an. Ia melibatkan pelajar dengan projek sebenar di bawah penyeliaan kakitangan HSS Engineers Berhad.

PROF DR SHAHRIL YUSOF Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS

 ??  ??
 ??  ?? WAKIL dari kedua-dua pihak UMS dan HSS Engineers Berhad merakamkan kenangan selepas majlis itu.
WAKIL dari kedua-dua pihak UMS dan HSS Engineers Berhad merakamkan kenangan selepas majlis itu.
 ??  ?? SHAHRIL (tiga dari kiri) bersalaman dengan Kunasingam (dua dari kanan) pada majlis MoU itu sambil diperhatik­an tetamu undangan lain.
SHAHRIL (tiga dari kiri) bersalaman dengan Kunasingam (dua dari kanan) pada majlis MoU itu sambil diperhatik­an tetamu undangan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia