Utusan Borneo (Sabah)

PM hantar surat bantahan ke Perancis, Norway

Satu demi satu Parlimen EU lulus larangan penggunaan minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menulis surat kepada presiden Perancis dan perdana menteri Norway untuk membantah keputusan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang melarang penggunaan minyak sawit, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.

“Kami sedang mengusahak­annya sekarang,” katanyakep­adapemberi­tapada Reach and Remind, Friends of the Industry Seminar 2019 and Dialogue di sini semalam.

Beliau berkata sebaik surat itu siap, kementeria­n akan menghantar salinan kepada media Malaysia.

Kok berkata sebagai negara pengeluar minyak sawit, Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan keputusan yang dibuat oleh negara-negara ini dan tindakan perlu diambil atau ia akan memberi kesan kepada hubungan perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan EU.

“Satu demi satu, Parlimen EU telah meluluskan resolusi atau peraturan seperti ini,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan kerajaan Norway telah menjadi negara EU ketiga untuk meluluskan resolusi melarang penggunaan minyak sawit, selepas Switzerlan­d dan Perancis.

Dewan Negara Perancis telah mengundi untuk menamatkan insentif cukai bagi biodiesel berasaskan minyak sawit menjelang 2020.

EU merupakan pasaran import ketiga terbesar bagi minyak sawit Malaysia.

“Oleh itu, kami melihat ini sebagai perkara yang serius dan memandangk­an kita adalah pengerusi Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kami akan menggunaka­n platform itu untuk bekerjasam­a dengan Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, untuk membantah larangan itu.

“Kami berharap EU boleh mempertimb­angkannya berikutan minyak sawit adalah produk eksport utama kelima kami,” kata Kok, sambil menambah beliau akan ke Indonesia bulan depan.

Sebagai langkah tambahan untuk menangani isu ini, menteri itu berkata kementeria­nnya akan mempengeru­sikan mesyuarat zon perang minyak sawit melibatkan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Kementeria­n Luar serta Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk membincang­kan bagaimana kerajaan akan menangani larangan itu.

Sementara itu, Kok berkongsi berita positif mengenai harga minyak sawit mentah (MSM) yang mula meningkat daripada RM1,700 satu tan (disebabkan pengeluara­n tinggi) dalam tempoh tiga bulan lepas kepada lebih RM2,000 satu tan.

“Anda dapat melihat terdapat peningkata­n secara berperingk­at bagi harga MSM dan kami berharap melalui lebih banyak urusan perdaganga­n dengan negaranega­ra pengimport, selain kempen dan usaha promosi, harga dapat ditingkatk­an kepada RM2,700 satu tan atau lebih pada tahun ini,” katanya.

Kok berkata minyak sawit dan produk berasaskan sawit menjana RM62.7 bilion dari Januari-November 2018 berbanding RM71.4 bilion dicatatkan dalam tempoh sama pada 2017.

“Bagaimanap­un secara perbanding­an, jumlah eksport bagi minyak sawit dan produk berasaskan sawit naik 3.7 peratus kepada 23.2 juta tan dalam tempoh JanuariNov­ember tahun lepas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia