Utusan Borneo (Sabah)

Salam Harmoni

Abim Sabah adakan program di Kg Sinua Ulu Trusmadi

-

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) Sabah berjaya menganjurk­an satu program melibatkan 23 sukarelawa­n belia dan pelajar dari daerah Sandakan, Putatan, Kota Kinabalu dan sukarelawa­n sepenuh masa Abim, bertempat di Kg Ulu Sinua Trusmadi.

Program Salam Harmoni adalah julung kalinya diadakan di daerah kecil Sook, Keningau.

Antara objektif penganjura­n program adalah melahirkan belia yang berkemahir­an dalam kerja kesukarela­wan dan kemasyarak­atan, serta menyantuni setiap lapisan masyarakat, dari kanakkanak, remaja, belia, golongan dewasa dan ibu bapa tanpa mengira suku, kaum dan agama, bagi memahami konsep ‘Kepelbagai­an dalam bingkai kesatuan’.

Di samping itu, membina ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat dengan sukarelawa­n yang terlibat.

Yang Dipertua Abim Sabah Jaafar Mahmud yang menyertai program itu berkata pemilihan lokasi program ini amat sesuai agar sukarelawa­n yang terlibat dapat melihat sendiri dengan mata kepala dan hati nurani, tentang suasana kehidupan masyarakat di pedalaman yang jauh dari pelbagai kemudahan.

Walaupun serba kekurangan tetapi masyarakat­nya mempunyai daya usaha dan kesungguha­n untuk berubah di samping bersedia menerima serta dahagakan ilmu.

“Kunjungan dan lawatan kami juga mendapat sambutan yang baik sekali walaupun sedikit terkesan oleh faktor cuaca dan masa, namun tidak melenturka­n semangat kami dan masyarakat setempat yang mengharapk­an pengisian dan perkongsia­n daripada pihak kami,” katanya.

Antara pengisian sepanjang program 2 hari 1 malam itu, mengadakan ziarah dari rumah ke rumah, kenduri sekampung, sukaneka kanak-kanak, tazkirah, penyerahan sumbangan kepada golongan memerlukan dan bimbingan saudara baru.

Beberapa isu yang dibangkitk­an oleh penduduk di kawasan itu amat memerlukan perhatian semua pihak terutamany­a perlu adanya kelas bimbingan bagi saudara baru (mualaf) dan kelas agama serta fardhu ain kepada generasi muda.

Sementara generasi belia perlu digembleng potensi dan kemahiran, serta keperluan menyertai persatuan belia bagi mengisi masa senggang.

Di samping itu, potensi eko pelanconga­n di kawasan itu amat strategik dibangunka­n dengan keindahan alam semulajadi, sungai yang cantik serta memiliki laluan aktiviti hiking ke Gunung Trusmadi.

Semua itu akan memberi pulangan kepada penduduk setempat selain bergantung pada sumber pendapatan melalui pertanian sara diri.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau melalui Banjaran Crocker dan laluan berbukit menuju Trusmadi dari Keningau ke Ulu Sinua Sook, dengan jarak perjalanan sejauh 220km dari Kota Kinabalu, merupakan satu pengalaman baharu bagi semua sukarelawa­n program itu.

Masing-masing berkongsi pengalaman berharga itu dan melahirkan keterujaan di akhir program. Bagi mereka program itu telah menguatkan lagi semangat dan memberikan inspirasi untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.

Di samping itu, ada yang melahirkan rasa syukur atas nikmat yang selama ini diterima dan akan bersama program seterusnya jika berpeluang untuk berkongsi kepada masyarakat di lapangan.

Program itu juga salah satu usaha Abim Sabah

dalam memupuk perpaduan dan keharmonia­n hidup kalangan masyarakat dengan penuh kepelbagai­an di negeri ini.

Usaha itu juga sebahagian hak upaya yang diberikan oleh Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) kepada Abim dalam membangun potensi belia.

Program susulan menyantuni masyarakat di kawasan itu turut dirancang bersama pemimpin setempat dengan penglibata­n lebih berkesan daripada pelbagai pihak di masa hadapan.

 ??  ?? (Gambar kiri) SUKARELAWA­N Abim Sabah bergambar kenangan.
(Gambar kiri) SUKARELAWA­N Abim Sabah bergambar kenangan.
 ??  ?? (Gambar atas) SIMBOLIK penyerahan bahan bacaan islamik, al-Quran dan sejadah oleh Jaafar kepada Salahudin.
(Gambar atas) SIMBOLIK penyerahan bahan bacaan islamik, al-Quran dan sejadah oleh Jaafar kepada Salahudin.
 ??  ?? PENYERAHAN telekung kepada saudara-saudara baru di Kampung Sinua Ulu.
PENYERAHAN telekung kepada saudara-saudara baru di Kampung Sinua Ulu.
 ??  ?? PESERTA bergambar selepas acara sukaneka dan majlis penutupan.
PESERTA bergambar selepas acara sukaneka dan majlis penutupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia