Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kg Batu 59, Beaufort terjejas landasan tidak dapat dilalui

-

PENDUDUK Kampung Batu 59, Beaufort, khususnya mereka yang sering menggunaka­n kereta api untuk urusan seharian, terjejas selepas landasan kereta api di kampung itu tidak dapat dilalui.

Masalah yang dihadapi penduduk itu menarik perhatian pelbagai pihak yang mahu kerajaan mengambil langkah segera memperbaik­i landasan itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Beaufort Kevin Lee berkata, kereta api adalah salah satu sistem pengangkut­an utama penduduk kampung untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

“Landasan kereta api itu tidak dapat dilalui, dipercayai akibat tanah runtuh berdekatan landasan yang agak membahayak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau tapak landasan kereta api yang rosak di Kampung Batu 59, berdekatan San Min Quary, pada Isnin.

Kevin berkata, penduduk setempat memberitah­u landasan kereta api itu tidak dapat dilalui sejak 31 Disember lepas.

Katanya penduduk kampung dan pelajar sekolah yang menghadapi masalah terpaksa menaiki kereta api lain untuk meneruskan perjalanan.

Menurutnya, beliau menyumbang beberapa tangga mudah alih untuk memudahkan penduduk menaiki kereta api memandangk­an sekarang hanya ada satu tangga sahaja yang diguna pakai untuk kegunaan dua kereta api itu.

Beliau berharap pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.

 ??  ??
 ??  ?? KEVIN menasihatk­an penumpang kereta api agar berhati-hati ketika menaiki tangga.
KEVIN menasihatk­an penumpang kereta api agar berhati-hati ketika menaiki tangga.
 ??  ?? PELAJAR sekolah terpaka menggunaka­n tangga untuk menaiki gerabak kereta api.
PELAJAR sekolah terpaka menggunaka­n tangga untuk menaiki gerabak kereta api.
 ??  ?? RUNTUHAN tanah berdekatan landasan yang membahayak­an.
RUNTUHAN tanah berdekatan landasan yang membahayak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia