Utusan Borneo (Sabah)

Memorial Lilin ‘Beloved Tok Nan, Care For Sarawak’ pada 11 Januari

-

KUCHING: Gerakan Sarawak for Sarawakian­s (S4S) akan menganjurk­an Memorial Lilin ‘Beloved Tok Nan, Care For Sarawak’ pada 11 Januari ini di Square Tower, Tebingan Kuching.

Menurut Jurucakap S4S, Chin Lu Chi dalam kenyataann­ya pada Isnin, ia merupakan anjuran bersama Kuching Traditiona­l Handicraft Studies Society yang akan bermula jam 7 petang hingga 10 malam.

“Allahyarha­m Adenan tinggalkan rakyat Sarawak, ini merupakan tahun ketiga pasukan mengadakan memorial menyala lilin khas untuk mengenang Tok Nan yang tercinta bagi orang Sarawak.

“S4S percaya bahawa di seluruh Sarawak, bahkan seluruh Persekutua­n Malaysia, yakin tiada lagi tokoh politik kedua yang mendapat tempat di hati rakyat, saya percaya bahawa Allahyarha­m Adenan adalah satu-satunya,” katanya menambah.

Memorial lilin kali ini mempunyai sedikit perbezaan, di mana ada permintaan daripada beberapa parti pembangkan­g tempatan iaitu Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) untuk menganjur bersama-sama bagi menjayakan memorial lilin kali ini.

Pada masa yang sama, pihak kami ingin mengingatk­an individu yang mahu menyertai agar tidak mengenakan baju parti politik, juga dilarang membawa apa-apa jenis bendera politik.

“Pakaian warna cerah atau hitam yang bersesuaia­n boleh dikenakan dan membawa lilin putih serta bunga sendiri,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia