Utusan Borneo (Sabah)

Projek pembinaan Kampung Digital bermula bulan ini

Terletak di Taman Perindustr­ian Teknologi Tinggi Samajaya, ia dijangka siap Mac 2020

-

KUCHING: Projek pembinaan Kampung Digital (DV) di Taman Perindustr­ian Teknologi Tinggi Samajaya akan bermula pada bulan ini dan dijangka siap Mac 2020.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) diberi kepercayaa­n untuk mengendali­kan projek tersebut.

Pengerusi TEGAS itu menjelaska­n, projek itu sepatutnya dibina dalam tempoh 18 bulan untuk disiapkan tetapi pihaknya berharap dan menyasarka­n ia dapat disiapkan dalam tempoh 15 bulan.

“Kita akan bekerja rapat dengan kontraktor terlibat untuk memastikan ia dapat dipercepat­kan dan siap menjelang suku pertama tahun depan.

“Sudah tentu tanpa menjejaska­n kualiti projek sebagaiman­a yang ditetapkan dalam syarat kontrak,” katanya ketika ditemui pada penyerahan tapak projek kepada kontraktor di Taman Perindustr­ian Teknologi Tinggi Samajaya di sini pada Isnin.

Projek yang dianggarka­n bernilai RM27 juta itu dianugerah­kan kepada syarikat Hock Seng Lee Berhad.

Selain itu, Len berkata TEGAS juga akan bekerja rapat dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk memastikan projek DV itu berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Malah katanya, TEGAS juga bekerjasam­a dengan SMA dalam menjalanka­n Hab Inovasi Digital (DIH) SMA-TEGAS di Kuching, Miri dan Bintulu.

“Kita akan bekerja rapat dengan kontraktor terlibat untuk memastikan ia dapat dipercepat­kan dan siap menjelang suku pertama tahun depan. ” DATU LEN TALIF SALLEH

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

 ??  ?? LEN ditemani (dari kiri) Dennis, Abdullah, Razak, Snowdan dan Dr Hazland melihat reka bentuk Kampung Digital yang akan dibina di Taman Perindustr­ian Teknologi Tinggi Samajaya.
LEN ditemani (dari kiri) Dennis, Abdullah, Razak, Snowdan dan Dr Hazland melihat reka bentuk Kampung Digital yang akan dibina di Taman Perindustr­ian Teknologi Tinggi Samajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia