Utusan Borneo (Sabah)

Sumber air bersih penduduk Long Terawan terjejas akibat tercemar

-

MIRI: Penduduk Long Tera wan Mu lu terjejas sumber air bersih hampir tujuh tahun akibat pencemaran di kawasan tadahan air utama.

Pengerusi Protem Majlis Bertindak Long Terawan Dennis Along berkata pencemaran disebabkan aktiviti perladanga­n di kawasan sekeliling tadahan air sejak 2012.

“Isu itu sangat menghantui penduduk Long Terawan. Air makan dan air minum kami terjejas selama tujuh tahun.

“Takungan air untuk disalurkan kepada kampung diterokai oleh ladang sawit tanpa pengetahua­n penduduk kampung dan air dari ladang mengalir ke dalam tadahan air,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau yang juga bekas setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram berkata, dianggarka­n seramai 300 hingga 500 penduduk tetap kampung itu terpaksa berdepan masalah itu setiap hari.

Sementara pada musim balik kampung, penduduk kampung boleh berkumpul sehingga seramai 2,500 hingga 3,000 orang dalam satu-satu masa.

Dennis berkata, aduan dikemukaka­n kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tetapi masih belum ada sebarang tindakan dilakukan.

“Pencemaran air adalah daripada baja dan kegiatan jentolak. Air dari ladang mengalir ke dalam sungai dan sungai menghantar air itu melalui paip ke kampung. Jadi, ini masalah yang kami hadapi sekarang,” jelasnya. Menyuaraka­n permasalah­an rakyat antara tujuan utama protem Majlis Bertindak ditubuhkan hampir setahun lalu.

Sebelum ini, majlis itu turut menyuaraka­n isu tambang penerbanga­n ke Mulu.

“Kami berjaya menuntut harga tambang lebih rendah. Banyak yang kami tuntut menerusi majlis tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia