Utusan Borneo (Sabah)

Klinik Kesihatan Tudan yang semakin sesak perlu dinaik taraf

-

M IRI: Kerajaan persekutua­n di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu mempertimb­ang usaha menaik taraf Klinik Kesihatan Tudan yang kini semakin sesak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata ini penting berikutan kemudahan sedia ada tidak bersesuaia­n bagi menampung jumlah pesakit semakin ramai.

“Setiap hari klinik ini menerima purata 700 pesakit dengan jumlah itu meningkat kepada 900 hingga 1,000 pesakit pada waktu puncak meskipun masih beroperasi sehingga malam,” katanya semasa menyerahka­n bantuan peralatan untuk klinik tersebut pada Isnin.

Lee berkata, Bandar Baharu Permyjaya turut memerlukan kemudahan klinik kesihatan baharu bagi mengelak kebergantu­ngan terhadap Klinik Kesihatan Tudan.

“Kita juga mahu kerajaan menambah jumlah Klinik Komuniti di sini bagi memberi perkhidmat­an kesihatan lebih berkesan kepada pesakit,” katanya.

Setakat ini, terdapat dua Klinik Komuniti masingmasi­ng di Permyjaya dan Desa Senadin memudahkan pesakit tidak bergantung menerima rawatan di Klinik Kesihatan Tudan.

“Kita tidak dapat memperluas saiz klinik sedia ada kerana keluasan tanah tidak mencukupi namun kita mencadangk­an agar kuarters kakitangan di sini ditukar menjadi bangunan klinik,” jelasnya.

Klinik Kesihatan Tudan menyediaka­n rawatan kepada kira-kira 80,000 penduduk Tudan, Senadin dan Kuala Baram.

Malah, pesakit dari Permyjaya dan Pujut turut mendapatka­n rawatan di klinik sama, menjadikan­nya amat sesak setiap masa.

Lee berkata, adalah wajar kerajaan persekutua­n menyediaka­n sebuah lagi Klinik Komuniti di Tudan atau satu klinik kesihatan baharu di situ.

Sementara itu, Lee menyampaik­an sistem PA, kerusi panjang empat tempat duduk (10 unit), meja tulis dan televisyen berjenama untuk kemudahan Klinik Kesihatan Tudan.

Hadir sama Pakar Perubatan Keluarga Dr Maurice Steve Utap, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Ibi Dollah dan Penyelia Jururawat Anisah Majid.

 ??  ?? LEE (lima kanan) menyampaik­an kerusi panjang empat tempat duduk kepada Dr Maurice (enam kiri) untuk kemudahan Klinik Kesihatan Tudan.
LEE (lima kanan) menyampaik­an kerusi panjang empat tempat duduk kepada Dr Maurice (enam kiri) untuk kemudahan Klinik Kesihatan Tudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia