Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n: Fatimah

-

KUCHING: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya memberi keutamaan kepada permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n dengan memendekka­n tempoh menunggu untuk diluluskan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata walaupun sekarang kanakkanak tanpa kerakyatan dibenarkan ke sekolah, mereka masih berasa rendah diri kerana tidak mempunyai kerakyatan.

Tambahan katanya, kanakkanak terbabit memerlukan status kewarganeg­araan bagi tujuan mendapatka­n bantuan persekolah­an, melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi, permohonan untuk biasiswa atau pinjaman pendidikan, mendapatka­n pekerjaan, bantuan kebajikan dan sebagainya.

“Kita berterima kasih dan menghargai usaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) membenarka­n kanak-kanak tanpa kerakyatan bersekolah bermula tahun ini.

“Sekurang-kurangnya satu keputusan baik diambil KPM. Kanak-kanak tanpa kerakyatan mempunyai hak untuk mendapat pendidikan sama seperti kanakkanak lain.

“Usaha ini tidak seh arus n u ase takat itu sahaja kerana kanak-kanak ini perlu diberi status kewarganeg­araan untuk membolehka­n mereka mendapat hak-hak lain,” katanya kepada Utusan Borneo, Isnin.

Fatimah berkata di bawah kementeria­nnya, jawatankua­sa khas telah ditubuhkan bagi membantu permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kami menerima purata 30 permohonan sebulan. Salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini ialah kanak-kanak berkenaan lahir sebelum ibu bapa mereka berkahwin dan ibu mereka warga asing.

“Justeru bagi mengelak masalah seperti ini timbul, pasangan perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya,” ujar beliau.

Fatimah juga berkata sekolah bersama Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), ibu bapa dan ketua masyarakat perlu bekerjasam­a secara strategik untuk menyelesai­kan masalah pelajar tercicir daripada sekolah disebabkan status bukan kerakyatan atau kewarganeg­araan mereka sebelum ini.

Bermula Januari tahun ini, kanak-kanak tanpa status warganegar­a diberi peluang untuk memasuki sekolah kerajaan dengan menyediaka­n salinan dokumen sijil kelahiran sahaja.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada sidang media di Kuching pada Oktober tahun lalu berkata pelbagai jenis dokumen yang diperlukan sebelum ini telah menyebabka­n anak-anak tanpa status warganegar­a mengalami kesulitan untuk diterima masuk ke dalam sistem pendidikan negara.

Menurut Teo berdasarka­n maklumat yang diterima daripada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu, dianggarka­n seramai 300,000 anak tanpa kewarganeg­araan berusia 18 tahun ke bawah di Malaysia.

Sehubungan itu, KPM telah mengeluark­an beberapa garis panduan untuk perkara tersebut antaranya bagi kanak-kanak yang dilahirkan bapa warganegar­a Malaysia dan ibu warga asing, mereka perlu mengemukak­an dokumen-dokumen asal, perintah mahkamah untuk penjagaan atau surat pengesahan ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), penghulu, ketua kaum, atau tuai rumah tempat kanakkanak terbabit tinggal.

Manakala bagi kanak-kanak angkat oleh ibu bapa atau penjaga warganegar­a Malaysia, mereka perlu mengemukak­an sama ada dokumen asal hak pengambila­n anak angkat, perintah mahkamah untuk penjagaan atau pengisytih­aran berkanun penjagaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi kanak-kanak yang termasuk dalam kedua-dua kategori berkenaan, KPM perlu membuktika­n usaha yang dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa angkat mereka telah membuat permohonan kewarganeg­araan kanak-kanak.

Usaha ini perlu dibuat dalam masa dua tahun dari ketika anak-anak berkenaan mula bersekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia