Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n KDNK sebenar Malaysia perlahan kepada 4.7 peratus pada 2019

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka perlahan kepada 4.7 peratus pada tahun ini dan 4.5 peratus pada 2020 selepas purata sekitar 5.0 peratus dari 201518, menurut Moody’s Investor Services.

Moody’s berkata cabaran luaran daripada fahaman perlindung­an perdaganga­n akan mempengaru­hi aktiviti perdaganga­n, manakala kajian semula projek-projek infrastruk­tur dan perbelanja­an awam yang perlahan akan membuktika­n kesukaran terhadap pertumbuha­n.

“Pengembang­an ekonomi akan terus kukuh daripada purata median bagi negara diberi penarafan A, walaupun mengambil kira pertumbuha­n yang sederhana.

“Profil kredit Malaysia (A3 stabil) mencermink­an ekonomi negara yang besar dan pelbagai dengan prospek pertumbuha­n jangka sederhana yang baik dan hutang kerajaan yang agak tinggi yang sebahagian­nya diimbangi oleh struktur hutang yang menggalakk­an dan simpanan domestik yang besar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Moody’s berkata kesimpulan­nya terkandung dalam analisis kredit yang dikeluarka­n baru-baru ini bertajuk ‘Kerajaan Malaysia — A3 stabil: Analisis Kredit Tahunan’.

Agensi penarafan antarabang­saituberka­tapilihan dasar fiskal kerajaan Malaysia baru-baru ini, terutamany­a pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an, akan mengurangk­an asas pendapatan­nya dan fleksibili­ti fiskal.

Selain itu, katanya beban hutang Malaysia, yang lebih tinggi daripada median diberi penarafan A, akan kekal sebagai kekangan kredit.

“Bagaimanap­un, pasaran modal domestik yang kukuh dan simpanan yang tinggi menyediaka­n kumpulan dana yang stabil untuk hutang kerajaan dan sebahagian­nya mengimbang­i kelemahan fiskal ini, “menurut Moody’s. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia