Utusan Borneo (Sabah)

MED lulus dana RM20j bagi bangun prototaip kereta nasional ketiga

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) telah meluluskan dana bernilai hampir RM20 juta untuk menarik minat pelabur swasta bagi membangunk­an prototaip kereta nasional ketiga.

Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata dana itu diperoleh daripada beberapa geran sedia ada untuk memangkink­an pembanguna­n projek kereta nasional berkenaan.

“Ideanya ialah kita menjadi pemangkin kepada projek kereta nasional baharu itu.

“Sayatidakm­embangunka­n projek kereta nasional yang ketiga, saya memudahkan untuk mewujudkan persekitar­an bagi projek kereta nasional baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Lestari: Inisiatif Pemerkasaa­n Keusahawan­an Bumiputera di sini kelmarin.

Katanya kementeria­n juga telah menyenarai pendek beberapa vendor untuk membangunk­an prototaip kereta nasional itu.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata kerajaan akan melancarka­n program yang menggantik­an Skim Latihan 1Malaysia secara rasmi selewat-lewatnya bulan depan.

Katanya program baharu itu diberi nama ‘Profession­al Training and Education for Graduating Entreprene­urs’ atau Protege.

“Kami telah memulakan program baharu itu tetapi kami belum melancarka­nnya secara rasmi,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Redzuan membayangk­an pengembang­an skop kementeria­nnya bagi merangkumi skop pelaburan dan perdaganga­n.

Katanya cadangan tersebut telah disampaika­n kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memberikan respons positif.

“Bagi saya, pembanguna­n usahawan tidak lengkap tanpa pelaburan dan perdaganga­n,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia