Utusan Borneo (Sabah)

Sentimen pasaran hartanah lebih baik pada 2019: Knight Frank Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Sentimen dalam pasaran hartanah di Malaysia dijangka bertambah baik pada 2019 terutama pasaran hartanah kediaman, memandangk­an dasar yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 mungkin mengukuhka­n permintaan, khususnya dalam kalangan pembeli rumah pertama, kata penasihat hartanah Knight Frank Malaysia.

“Pasaran hartanah di Malaysia mengalami peningkata­n aktiviti pada separuh kedua 2018 susulan beberapa peluang boleh didapati kawasan berbeza di seluruh negara, jika tiada sebarang kejutan luaran seperti kelembapan ekonomi global,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pandangan itu adalah sempena laporan penyelidik­an terkini Knight Frank Malaysia, ‘Real Estate Highlights 2nd Half of 2018’ yang dilancarka­n hari ini yang menekankan aliran hartanah dan unjuran dalam pasaran utama Malaysia.

Sementara itu, sektor perindustr­ian akan meneruskan daya tahannya kerana trajektori pertumbuha­n yang menggalakk­an dalam industri pembuatan utama.

Bagaimanap­un, pasaran pejabat dan runcit dijangka kekal mencabar disebabkan paras bekalan yang meningkat, menurut Knight Frank Malaysia.

Knight Frank Malaysia berkata aktiviti simpanan tanah dalam kalangan pemaju hartanah industri dijangka meningkat tahun ini.

Menurutnya, ia didorong permintaan berpotensi kukuh yang terus wujud di manamana khususnya bagi hartanah industri dengan spesifikas­i tinggi, memandangk­an penghuni memahami keperluan untuk beralih kepada Industri 4.0 dalam usaha merancang perniagaan masing-masing agar kekal pada masa depan.

Ini menunjukka­n peluang unik bagi pemaju dan pelabur untuk mendapatka­n pulangan menarik dengan menyediaka­n produk yang tepat kepada pengguna akhir.

Melangkah maju, Knight Frank Malaysia menjangkak­an pembanguna­n industri berskala besar baharu akan membangun di lokasi strategik dipacu permintaan tinggi terhadap gudang.

Sebagai contoh, cadangan Zon Perdaganga­n Bebas (FTZ) di Pulau Indah, yang baru-baru ini dilancarka­n oleh kerajaan, dijangka mencetuska­n minat dari pengilang dan pengendali logistik.

“Keseluruha­nnya, hartanah industri di Malaysia, yang menjadi segmen positif bagi pasaran hartanah Malaysia yang suram sejak beberapa tahun lepas, dijangka terus berdaya tahan,” menurut penasihat hartanah itu.

Knight Frank Malaysia menawarkan khidmat nasihat dan penyelesai­an meliputi portfolio menyeluruh perkhidmat­an hartanah serta berlesan untuk menjalanka­n penilaian/perundinga­n, agensi hartanah dan pengurusan hartanah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia