Utusan Borneo (Sabah)

Jualan tiket AJL33 dengan harga serendah RM25

-

BUAT julung kalinya, pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) menjual tiketnya kepada pihak umum dengan harga serendah RM25.

Anugerah Juara Lagu 33 yang akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu akan memulakan penjualan tiket secara atas talian melalui laman web www.myticket.asia bermula 7 Januari 2019.

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Muhammad Sufian Che Isa, “Ini merupakan kali pertama kami menjual tiket AJL kepada peminat. Dengan cara ini, semua peminat AJL33 akan mendapat peluang yang sama dalam mendapatka­n tiket Anugerah Juara Lagu 33 secara atas talian.

“Oleh itu, kami menyeru kepada semua peminat untuk melayari www. myticket.asia pada 7 Januari 2019 ini dan dapatkan tiket anda segera sebelum tiket habis, kerana harga tiket AJL33 yang amat rendah ini pastinya ia akan habis terjual pada masa yang singkat. Terutamany­a kerana ianya sebuah konsert di mana penyanyi-penyanyi popular masa kini berentap sesama mereka, harga tiket ini amat rendah jika dibandingk­an dengan harga tiket konsert-konsert yang lain.”

Anugerah Juara Lagu 33 mempunyai tiga jenis tiket dengan tiga harga berbeza iaitu Aras 4 (RM25), Aras 3 (RM35), dan Arena (RM55).

Pautan penjualan tiket ini akan dibuka bermula pada 7 Januari 2019 hingga 2 Februari 2019.

Lagu-lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 33 adalah ‘Semakin’ nyanyian Siti Sarah, ‘Bunga’ (Ara Johari), ‘Kau Pun

 ??  ??
 ??  ?? DUA belas finalis iaitu (berdiri, dari kiri) Kaer, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Amylea, Ara Johari, Misha Omar, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Syamel, Aman RA, Haqiem Rusli,Sufian Suhaimi dan Altimet yang akan berentap di AJL33 nanti.
DUA belas finalis iaitu (berdiri, dari kiri) Kaer, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Amylea, Ara Johari, Misha Omar, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Syamel, Aman RA, Haqiem Rusli,Sufian Suhaimi dan Altimet yang akan berentap di AJL33 nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia