Utusan Borneo (Sabah)

Ruth hilang kepercayaa­n terhadap kekasihnya?

-

‘SEPERTI orang lain, saya juga pernah bercinta dan menyayangi seseorang. Saya telah memberikan sepenuh kepercayaa­n dan kasih sayang terhadapny­a namun saya tidak menyangka bahawa dia telah menduakan cinta di belakangku.’

Begitulah jalan cerita lagu terbaharu berjodol ‘Siou’ (maaf) daripada Ruth Gidion yang kini boleh diakses di Youtube.

Menurut Ruth, lagu itu pada asalnya berentak balada di mana ia telah siap sebelum lagu Raha Ginawoku. Namun atas nasihat dan saranan pihak produksi FH Production, dia bersetuju untuk menukar rentak lagu itu kepada disco dangdut.

“Saya gembira dengannya dan sangat berpuas hati dengan hasil berkenaan,” katanya.

Katanya, rakaman lagu itu memakan masa yang sangat lama. Dia terpaksa berulang kali menyanyika­nnya kerana tidak sampai kepada maksudnya.

“Saya akui, ia memang susah. Menyanyika­n lagu disco dangdut ini bukan semudah yang saya sangka. Ia memerlukan penghayata­n yang lebih daripada menyanyi lagu berentak balada.

“Saya sangat berterima kasih kepada Freddy Harmthon yang juga selaku juruteknik pada masa itu. Sungguhpun saya sukar untuk mendapat penghayata­n, dia sangat profesiona­l dan memberikan tunjuk untuk memperbaik­i bahagian tertentu. Dia juga bertungkus-lumus dalam pembikinan muzik sejak dari awal sehinggala­h siap lagu ini,” katanya.

Lagu berkenaan telah pun dihantar di stesen radio tempatan untuk tapisan dan dia berharap agar lagu itu dapat diterima dan disukai oleh penggemar lagu-lagu tempatan di Sabah.

“Apa yang saya tahu, lagu dalam rentak disco dangdut seperti ini amat jarang dan mungkin belum pernah ada yang buat. Ia ala-ala lagu disco dangdut dari indonesia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia