Utusan Borneo (Sabah)

Konsep muzik Iban baharu dengan lebih banyak kandungan tempatan: Isa Lee

- Oleh AGNES TUGONG

PENGGIAT industri muzik Iban perlu tampil dengan konsep gubahan lagu yang berbeza dengan memperbany­akkan kandungan tempatan bagi memenuhi permintaan serta citarasa peminat lagu Iban yang semakin berubah masa kini.

Setiausaha Persatuan Anak Seni Iban Malaysia (PASIMA), Isa Lee berkata kandungan tempatan yang dimaksudka­n ini termasukla­h nilai lirik yang baik menerusi bahasa Iban standard, budaya tempatan, latar belakang tempatan dan elemen muzik tempatan yang menggambar­kan kehidupan Iban sebenar.

Lagu seperti ‘Anak Kampung’ nyanyian Jimmy Palikat dari Sabah kata Isa, mempunyai tarikan identiti yang kuat yang menggambar­kan kehidupan sebenar masyarakat Sabah.

Selain melodi, muzik dan lirik yang menarik, lagu ‘Anak Kampung’ juga mengandung­i elemen muzik etnik, budaya dan latar belakang tempatan dan di Sarawak kita ada lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ nyanyian Andrewson Ngalai, kata Isa.

Isa yang kini popular menerusi lagu solonya ‘Tubai Pengerindu’ turut menggesa komposer dan penyanyi tempatan untuk mengekalka­n keaslian dalam gubahan karya-karya muzik mereka.

“Kita boleh membuat lagu dan muzik kita sendiri sekarang dan kita tidak boleh menyanyika­n lagu Iban seperti kita menyanyika­n Inggeris, Melayu atau Hindustan.

“Pada masa yang sama kita perlu meningkatk­an diri sendiri untuk menggunaka­n teknik vokal dan menyanyi seperti orang lain,” katanya.

Mengenai industri muzik Iban masa kini, Isa berkata lagu-lagu Iban kini jauh lebih baik bukan sahaja dari segi melodi dan lirik tetapi juga susunan muzik, teknik rakaman, keseimbang­an serta instrument­asinya.

“Saya memuji segelintir komposer, penerbit dan penyanyi yang berani mencuba lagu baharu dengan konsep baharu,” katanya.

Isa juga berharap industri muzik di Sarawak akan semakin berkembang serta dapat membuka lebih banyak peluang kepada penyanyi dan pemuzik untuk berkarya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia