Utusan Borneo (Sabah)

Drama ‘Pujaan Hati Kanda’ lakonan Remy Ishak & Mira Filzah semakin ‘trending’

-

DRAMA ‘Pujaan Hati Kanda’ adalah kisah kasanova Remy Ishak yang dibebani dengan kehadiran bayi misteri yang dikatakan anak kandungnya. Manakala Mira Filzah pula diupah oleh Remy untuk menjaga bayi tersebut dan tiba-tiba mereka jatuh cinta.

Semuanya bermula apabila Remy Ishak perlu mencari pengasuh bagi menjaga bayi lelaki yang ditinggalk­an di masjid ketika dia mahu bernikah. Kerana bayi misteri yang dikatakan anak kandungnya, tunangnya tidak mahu meneruskan pernikahan mereka.

Sudahlah tak jadi kahwin, Remy pula perlu menjaga bayi tersebut sendirian kerana datuk dan neneknya tidak mahu campur tangan dan malu dengan perbuatann­ya.

Nasib Remy baik, kerana Mira Filzah hadir pada waktu yang tepat! Mira Filzah bersetuju untuk menjadi pengasuh bayi tersebut memandangk­an dia juga memerlukan duit.

Ironinya, semua ini adalah watak mereka berdua dalam drama terbaharu di slot Akasia iaitu Pujaan Hati Kanda. Remy yang membawa watak Danny, bagai menerima pembalasan atas sikap kasanovany­a dahulu apabila perlu bertanggun­gjawab menjaga seorang bayi secara tiba-tiba.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemuk­an dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiaka­n perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelengg­u hidupnya.

Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

Saksikan drama 28 episod ini terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

Selain Remy Ishak dan Mira Filzah, drama ini turut menampilka­n Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee dan Catriona Ros dalam barisan pelakonnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia