Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan baiki pengurusan

Penerima tidak perlu pulangkan hibah Tabung Haji: Mujahid

-

PUTRAJAYA: Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu mengembali­kan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya dibangkitk­an orang ramai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata penerima hibah itu tidak mengetahui mengenai penyelewen­gan yang berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam itu dan tindakan memulangka­n semula wang hanya akan menimbulka­n kesukaran.

“Itu bukan masalah penerima (hibah), tetapi masalah pengurusan. Jadi apa yang kita buat ialah membaiki pengurusan itu supaya mengikut cara yang betul.

“Penerima tidak perlu bimbang untuk membayar balik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, di sini pada Selasa.

Laporan bahawa pemberian hibah TH dari tahun 2014 hingga 2017 yang bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabka­n penyata kirakira TH merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017, menimbulka­n persoalan dalam kalangan pendeposit mengenai status halal hibah yang mereka terima.

Mengenai isu restoran bukan Islam yang

Penerima hibah itu tidak mengetahui mengenai penyelewen­gan yang berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam itu dan tindakan memulangka­n semula wang hanya akan menimbulka­n kesukaran. Itu bukan masalah penerima (hibah), tetapi masalah pengurusan. Jadi apa yang kita buat ialah membaiki pengurusan itu supaya mengikut cara yang betul. Penerima tidak perlu bimbang untuk membayar balik.

menggunaka­n ayat Al-Quran bagi menarik pelanggan Islam, Mujahid berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan berdasarka­n aduan orang ramai.

“Jakim ada mekanisme pemantauan berdasarka­n laporan orang ramai dan penguatkua­sa akan bertindak selepas mendapat fakta yang jelas,” katanya.

Isu pengusaha bukan Islam membuka restoran ‘mamak’ tular dalam media sosial susulan insiden seorang pekerja restoran di Seksyen 25 Shah Alam ditampar selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam restoran.

Bagaimanap­un status sebenar pemilik restoran itu yang bukan beragama Islam terbongkar susulan insiden itu sehingga menyebabka­n pengguna media sosial membangkit­kan persoalan terhadap status halal restoran ‘mamak’ yang menggunaka­n nama Islam. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? LIM (dua kiri) menyerahka­n peruntukan kepada Mujahid pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar di Kementeria­n Kewangan pada Selasa. Turut sama Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh (kanan).
GambarBern­ama LIM (dua kiri) menyerahka­n peruntukan kepada Mujahid pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar di Kementeria­n Kewangan pada Selasa. Turut sama Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia