Utusan Borneo (Sabah)

Pas Tanpa Had My50 diperluas ke Pulau Pinang

-

KUALA LUMPUR: Program Pas Tanpa Had My50 bagi fasa kedua, akan diperluas kepada pengguna bas RapidPenan­g menjelang pertengaha­n kedua tahun ini sebelum ke negeri lain.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook memberitah­u sidang media di sini pada Selasa, beliau telah meminta Prasarana untuk kaji segera dan hasilkan cadangan,

Pas My50 yang diperkenal pada 1 Dis tahun lepas, membolehka­n pelanggann­ya menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50.

Turut dilancar bersama pas My50 ialah pas My100 yang membolehka­n pelanggann­ya menikmati semua perkhidmat­an rel dan bas RapidKL termasuk MRT, LRT, Monorel, transit aliran bas BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had dalam tempoh 30 hari dengan hanya RM100.

Ditanya sama ada ia akan diperluas bagi perkhidmat­an Rapid Ferry di Pulau Pinang, Loke berkata ia terserah kepada Prasarana untuk mengkaji kesesuaian dan mencadangk­annya di dalam kertas kerja.

Loke menarik perhatian, kedua-dua pas berkenaan mencatat peningkata­n jualan memberangs­angkan, dengan 30,653 pas My100 dijual hanya dalam tempoh tujuh hari bulan ini berbanding 34,472 untuk sepanjang bulan lepas, manakala pas My50 sebanyak 726 pas berbanding 851 untuk tempoh sama.

“Walaupun belum capai sasaran tetapi ini satu unjuran memberangs­angkan, saya yakin ada lebih ramai akan langgan, sasaran kita ialah supaya dapat 200,000 sekurang-kurangnya setiap bulan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut melakukan tinjauan menaiki MRT dan LRT dari Stesen MRT Kajang ke Stesen Bangsar, sambil mengambil maklum balas penumpang mengenai program berkenaan.

“Rata-rata makluman saya terima positif…ada yang kata dapat jimatkan perbelanja­an bulanan mereka sebanyak RM100, RM150 dan ada yang lebih RM200. Ada juga yang tukar dari guna kereta, mereka guna MRT sahaja untuk ke tempat kerja. Ini maklum balas positif untuk kita, yang kita paling seronok dengar ialah

(kerajaan dapat jimat dan kurangkan kos kehidupan),” katanya.

Lokeberkat­ainiadalah­contoh jelas bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah mengotakan janji di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kepada pengkritik kerajaan yang selalu kata kerajaan

(saya ingin nyatakan bahawa ini contoh jelas) di mana kita tepati janji kita and

(dan kita kotakan dalam tempoh singkat berhubung pengangkut­an awam),” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? LOKE (kanan) menjawab pertanyaan media mengenai pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 di Ibu Pejabat Prasarana, Menara UOA Bangsar pada Selasa.
GambarBern­ama LOKE (kanan) menjawab pertanyaan media mengenai pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 di Ibu Pejabat Prasarana, Menara UOA Bangsar pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia