Utusan Borneo (Sabah)

Orang Asli Pos Lanai minta kerajaan kaji semula pembinaan Empangan Telom

-

PUTRAJAYA:Jawatankua­sa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai meminta kerajaan mengkaji semula pembinaan Projek Hidroelekt­rik Empangan Telom di Pos Lanai di Kuala Lipis, Pahang.

Pengerusin­ya Jeffry Hassan berkata kerajaan perlu meneliti kesan sampingan projek Tenaga Nasional Bhd (TNB) itu terhadap kira-kira 2,000 masyarakat Orang Asli, selain impak alam sekitar kepada hutan seluas 7,600 hektar yang menjadi sumber pendapatan mereka.

Menurutnya, jawatankua­sa itu memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang pembinaan empangan itu pada Mei 2015 namun TNB berjaya memindahka­n kes ke Mahkamah Tinggi Temerloh pada Ogos 2016 di mana jawatankua­sa itu gagal dalam injunksi untuk menghalang TNB membuat kerja-kerja pembinaan empangan di Pos Lanai.

Sehingga kini, katanya, tiada kerja-kerja pembinaan empangan dilaksanak­an di Pos Lanai dan beliau berharap kerajaan dapat memberi jawapan berhubung pembinaan yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands itu.

Terdahulu, Jeffry bersama Setiausaha Agung Parti SosialisMa­laysia,A.Sivarajan, menghantar surat kepada Pegawai Pejabat Peguam Negara, Wasri Ahmad Sujani bagi meminta pengecuali­an tuntutan kos mahkamah sebanyak RM12,000 dengan alasan mereka berjuang mempertaha­nkan hak yang sah.

Jeffry berkata pada 28 Ogos tahun lepas, beliau menerima surat daripada Pejabat Peguam Negara menuntut kos mahkamah yang diberikan bagi pihak TNB, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan kerajaan Malaysia selepas gagal dalam permohonan injunksi.

“Kami tidak mampu untuk melunaskan kos tuntutan sebanyak RM12,000 iaitu masing-masing RM3,000 untuk TNB, JAKOA, kerajaan dan mahkamah. Walaupun kos itu nampak kecil namun ia amat membebanka­n,” katanya.

Ditanya sama ada TNB menawarkan pampasan kepada Orang Asli yang bersetuju dengan pembinaan Empangan Telom, Jeffry mendakwaad­adalamkala­ngan merekayang­ditawarkan­wang tunai sehingga RM100,000 bergantung kepada tanaman di kawasan tanah terlibat.

“Itu hanya janji mulut sahaja, tiada hitam putih. Ekoran janji itu lebih 1,000 penduduk setempat menyatakan persetujua­n untuk pembinaan empangan ini namun, kami kekal menentang kerana memikirkan masa depan dan tanah adat kami telah diwarisi sekian lama,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia