Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu Uber mengaku bersalah tembak mati enam di Michigan

-

CHICAGO: Seorang pemandu Uber yang melakukan serangan tembakan dan membunuh enam orang di negeri Michigan di wilayah Tengah Barat Amerika Syarikat (AS) telah mengaku bersalah terhadap semua tuduhan pada Isnin.

Dalam satu tindakan mengejut ketika perbicaraa­n dijadual akan bermula, Jason Dalton mengaku bersalah kerana mencetuska­n serangan tembakan berbahaya pada Februari 2016 di sebuah bandar kecil Kalamazoo, di samping memandubag­ipelanggan­dalam perkhidmat­an perkongsia­n kenderaan Uber.

Daltontela­hdidakwade-ngan enam tuduhan membunuh, dua tuduhan cubaan membunuh dan lapan tuduhan senjata api. Dia berdepan hukuman penjara mandatori seumur hidup tanpa parol.

Pendakwa raya berkata tiada perjanjian telah ditawarkan bagi rayuan bersalah itu.

Ketika ditanya oleh hakim yang mengadili sama ada dia mengaku bersalah “secara sukarela dengan keinginan dia sendiri,” Dalton menjawab: “Ya. Saya mahu ini sejak lama lagi.”

Dalton dilaporkan memberitah­u polis bahawa dia telah dijadikan sebagai “boneka” oleh aplikasi Uber, yang mengarahka­n dia untuk me-nembak orang secara rambang selama beberapa jam.

Mangsanya adalah seorang ibu berusia 25 tahun yang tercedera ketika melindungi sekumpulan kanak-kanak dari tembakan, seorang bapa dan anak lelaki ditembak mati di sebuah syarikat penjualan kereta dan empat warga emas terkorban di tempat letak kereta sebuah restoran di mana seorang remaja turut tercedera.

Afiliat televisyen NBC, WOOD melaporkan bahawa Dalton memilih untuk mengemukak­an pengakuan bersalah bagi mengelakka­n keluargany­a dan keluarga mangsa melalui pengalaman pahit perbicaraa­n. — AFP

 ??  ?? DALTON
DALTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia