Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah rakyat Australia cuba dapatkan zuriat pada usia agak lewat ‘membimbang­kan’: Kajian

-

CANBERRA: Pakar memberi amaran bahawa jumlah rakyat Australia yang cuba mendapatka­n zuriat pada usia agak lewat adalah “membimbang­kan”, lapor agensi berita China Xinhua.

Penyelidik dari Universiti Flinders pada Selasa menyiarkan satu kajian yang mendapati bahawa lelaki dan wanita “secara konsisten telah meremehkan” kesan usia terhadap tahap kesuburan.

Kenneth Tremellen, penulis bersama kajian itu, berkata wanita yang melengahle­ngahkan usaha mendapatka­n zuriat kerana ingin memenuhi matlamat kerjaya dan pendidikan tanpa menjalani ujian bagi menentukan sama ada ovari mereka terdedah kepada penuaan awal, adalah satu trend yang “membimbang­kan”.

“Terdapat satu trend sejak empat dekad lepas, iaitu memulakan kehidupan berkeluarg­a pada usia yang agaklewatd­anketikain­i,wanita akan berusaha mendapatka­n zuriat pada usia kira-kira 31 tahun,” katanya kepada stesen penyiar Australian Broadcasti­ng Corporatio­n (ABC) pada Selasa.

“Perkara ini agak membimbang­kan kerana tahap kesuburan merosot seiring peningkata­n usia dan kita tahu bahawa kira-kira 10 peratus populasi akan kehilangan telur berkualiti pada pertengaha­n usia 30-an selain berdepan risiko nyata tidak dapat memiliki zuriat langsung.”

Kajian itu mendapati bahawa kebanyakan wanita tidak menyedari kewujudan Saringan Rizab Ovari, yang mampu mengesan sama ada pengeluara­n telur seseorang wanita telah berkuranga­n, satu kondisi yang biasanya tidak mempunyai gejala. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia