Utusan Borneo (Sabah)

Lima maut, dua hilang ketika salji tebal melanda Austria

-

VIENNE: Tiga pemain ski dan dua pendaki salji maut ketika salji tebal dan runtuhan salji melanda Austria, memisahkan beberapa kawasan di negara pergununga­n itu, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Dua pemain skiJerman kehilangan nyawa mereka dalam runtuhan salji di wilayah barat Vorarlberg pada Ahad lepas, dan seorang rakyat Slovenia meninggal dunia di wilayah Salzburg, menurut perkhidmat­an menyelamat.

Mayat dua pendaki salji yang hilang telah ditemui pada Isnin ketika salji menyebabka­n kekecohan di beberapa bahagian di negaara ini, menghalang jalan raya dan menutup sekolah.

Dua pendaki lain masih lagi hilang di timur laut negara ini.

Salji setebal 1.5 meter telah turun di tengah dan utara Austria sejak pertengaha­n minggu lepas, dengan sebanyak hingga tiga meter terkumpul di gunung sekitar Salzburg, kata perkhidmat­an meteorolog­i di Austria.

Kira-kira 2,000 orang, termasuk pelancong, telah terkandas di beberapa kampung di Soelktal di tenggara.

Operasi helikopter tentera yang digunakan dalam mengawal runtuhan salji telah dihentikan disebabkan oleh cuaca buruk.

Di kawasan pergununga­n Hochkar di Austria Bawah, pusat peranginan meluncur salji telah ditutup sehingga maklumat selanjutny­a, dengan penduduk dan pelancong diminta agar meninggalk­an kawasan tersebut.

Lebih banyak salji dijangka-kan pada minggu ini, dengan setinggi 80 sentimeter diramal-kan sejak Selasa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia