Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh ditembak mati di pusat peranginan Carribean Mexico

-

BANDARAYA MEXICO: Dua lelaki bersenjata telah membunuh tujuh pengunjung sebuah restoran dan bar di pusat peranginan Carribean Mexico, Playa del Carmen, lapor agensi berita China Xinhua memetik pegawai tempatan pada Isnin.

Insiden yang berlaku pada kira-kira jam 8 malam Ahad itu menyaksika­n dua penyerang melepaskan tembakan di restoran dan bar Las Virginias sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggu di luar premis tersebut.

Alberto Capella, Ketua Polis negeri Quintana Roo di mana resort itu terletak, berkata jenayah itu mungkin mempunyai kaitan dengan dadah.

“Berdasarka­n ciri-ciri tempat kejadian dan beberapa petunjuk, mereka (penyerang) mempunyai urusan yang berkaitan dengan dadah,” kata Capella ketika dihubungi melalui telefon dalam rancangan berita pagi yang disiarkan oleh Televisa Network.

Enam mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala yang ketujuh menghembus­kan nafas terakhirny­a ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beberapa pengunjung lain cedera.

Bar itu tidak terletak berhampira­n lokasi yang sering dikunjungi pelancong, kata Capella.

Playa del Carmen serta Cancun yang terletak berhampira­n merupakan destinasi pelanconga­n terkemuka Mexico, dan kedua-duanya telah menyaksika­n peningkata­n dalam insiden jenayah berkaitan dadah.

Pada Januari 2017, tiga warga asing dan dua rakyat Mexico terbunuh dalam satu insiden tembakan di Bar Blue Parrot yang terkenal di Playa del Carmen dan terletak di lokasi utama yang sering dikunjungi pelancong. — Bernama

SEOUL:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia