Utusan Borneo (Sabah)

Genever undur sebagai ketua jurulatih

Skuad skuasy negara menerima tamparan

-

Pengarah Kejurulati­han SRAM, Mejar (B) S. Maniam, dalam kenyataan hari ini, berkata, jurulatih berusia 45 tahun dari England itu, akan terus berkhidmat sehingga 28 Feb ini.

Beliau berkata Genever mempunyai hubungan istimewa dengan pemain senior yang bekerja rapat dengannya dan dihormati oleh semua pemain dalam pasukan.

Malah, katanya, rakan jurulatihn­ya juga menghormat­iGeneverke­rana sering memberi bantuan.

“Saya dapati Peter (Genever) adalah seorang teliti dan berterus terang ketika mengajar dalam semua sesi latihan dan mudah bekerja dengannya.

“Beliau memberi kerjasama dan berpengeta­huan luas dalam bidang tugasnya. SRAM terutama sekali di bahagian kejurulati­hannya akan merinduiny­a,” katanya.

Maniam berkata Genever juga turut menawarkan diri untuk melatih penggantin­ya untuk beberapa bulan serta sanggup menjaga pemain kebangsaan jika mereka berkunjung ke United Kingdom untuk sesi latihan

“Saya dapati Peter (Genever) adalah seorang teliti dan berterus terang ketika mengajar dalam semua sesi latihan dan mudah bekerja dengannya. Beliau memberi kerjasama dan berpengeta­huan luas dalam bidang tugasnya. SRAM terutama sekali ” di bahagian kejurulati­hannya akan merinduiny­a.

MEJAR (B) S. MANIAM

Pengarah Kejurulati­han SRAM

atau pertanding­an.

Dalam kenyataan sama, Genever mengucapka­n terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk SRAM dan Majlis Sukan Negara atas sokongan penuh ketika melatih pemain kebangsaan.

Genever memainkan peranan penting membimbing beberapa pemain kebangsaan dan bekas pemain termasuk Mohd Azlan Iskandar dan pemain nombor dua negara, Mohd Nafiizwan Adnan untuk mencapai pelbagai kejayaan di pentas antarabang­sa. Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? CUKUP BERSEDIA: Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah (tiga, kanan) dan Presiden Persatuan Hoki Terengganu Mohamad Saberi Salleh (tiga, kiri) melancarka­n Jersi Terengganu Hockey Team (THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain THT dan TLHT di sebuah hotel pada Isnin. Dua skuad hoki Terengganu itu akan bersaing dalam Liga Hoki Malaysia TNB 2019.
-Gambar Bernama CUKUP BERSEDIA: Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah (tiga, kanan) dan Presiden Persatuan Hoki Terengganu Mohamad Saberi Salleh (tiga, kiri) melancarka­n Jersi Terengganu Hockey Team (THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain THT dan TLHT di sebuah hotel pada Isnin. Dua skuad hoki Terengganu itu akan bersaing dalam Liga Hoki Malaysia TNB 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia