Utusan Borneo (Sabah)

Sepanggar FC mahu jadikan Liga KDM Malaysia batu loncatan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Sepanggar (Sepanggar FC) mahu menjadikan Liga KDM Malaysia 2018-2019 sebagai batu loncatan beraksi di Liga FAM dalam Liga Malaysia .

Penaungnya, Datuk Mohd Azis Jamman yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, mereka telah membuat persiapan untuk menjadi pencabar utama dalam kejohanan tempatan itu seterusnya meletakkan mereka di landasan yang betul ke Liga Malaysia.

“Kami telah mengadakan sesi latihan dan pemilihan bagi membentuk sebuah pasukan bagi menyertai Liga KDM Malaysia. Persiapan berjalan dengan baik dan saya yakin dengan pemain-pemain yang ada, kami mampu bersaing malah mampu menjuarai kejohanan itu.

“Saya juga tidak mahu Sepanggar FC ini hanya beraksi di Liga KDM Malaysia saja. Kenapa tidak kita cuba untuk menyertai kejohanan yang lebih besar..sebab itu saya memberi nasihat kepada para pemain, jika mereka menunjukka­n prestasi yang baik pada kejohanan itu, tidak mustahil kita akan beraksi pada Liga FAM pada tahun akan datang, inilah sebenarnya sasaran kita,” katanya.

Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata demikian ketika ditemui selepas sesi suai kenal dengan pemain Sepanggar FC di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, malam Isnin.

Sepanggar FC yang diperkuatk­an beberapa bekas pemain Sabah dan dikendalik­an bekas ketua jurulatih skuad bola sepak wanita Malaysia, Mohd Asyraaf Fong Abdullah yang juga bekas ketua jurulatih Sabah.

Pada kejohanan Liga KDM Malaysia, Sepanggar FC diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Bandaraya KK, Sipitang dan Kiulu.

Liga KDM Malaysia anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah dengan tawaran hadiah keseluruha­n lebih RM300,000.

Ia adalah edisi kedua kejohanan tempatan terbesar itu dianjurkan dengan penyertaan 32 pasukan.

Sepanggar FC adalah antara pusukan baru dalam kejohanan yang dijadualka­n bermula pada 26 Januari berkenaan.

Bagaimanap­un Sepanggar FC hanya akan memulakan aksi pada 27 Januari menentang Sipitang.

 ??  ?? SKUAD Sepanggar FC bersama Azis (duduk tengah di depan).
SKUAD Sepanggar FC bersama Azis (duduk tengah di depan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia