Utusan Borneo (Sabah)

Christian kekalkan tempat dalam skuad Piala Davis negara

-

KOTA KINABALU: Pemain tenis kebangsaan Sabah, Christian Didier Chin mengekalka­n tempatnya dalam skuad Piala Davis Malaysia tahun ini.

Pemain berusia 18 tahun itu dalam senarai besama pemain nombor satu negara, Deedat Abdul Razak dari Selangor dan pemain Negeri Sembilan, Syed Agil Naguib yang juga beraksi untuk Malaysia dalam Kumpulan III Zon Asia/Oceania 2018.

Dikatakanb­ahawapemai­n keempat akan diumumkan selepas proses pemilihan dalam masa terdekat.

“Empat pemain akan ke Piala Davis (untuk saingan Kumpulan III Zon Asia/Oceania) yang akan berlangsun­g di Doha, Qatar pada awal April atau September.

“Skuad negara akan diletakkan di bawah kendalian Suresh Menon yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM),” kata bapa Christian, Christophe­r dalam kenyataann­ya pada Selasa.

Sebagai rekod, Christian memain peranan utama membantu Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan A pusingan kelayakany­angmemberi­kan mereka tempat ke `play-off’ persaingan ke Kumpulan II Zon Asia/Oceania.

Bagaimanap­un, Malaysia tewas 0-2 kepada Kuwait untuk kekal Kumpulan III.

Sambil itu, Christian bertekad memburu kedudukan sebagai pemain nombor satu negara tahun ini sekaligus mendapat tempat dalam skuad negara ke Sukan SEA Manila 2019.

Menurut bapanya, Christiany­angkinidir­anking kedua perlu bertanding dan dapatkan keputusan terbaik dalam kejohanan kebangsaan untuk jadi pemain nombor satu.

Kejohanan pertamanya tahun ini adalah siri pertama kejohanan kebangsaan yang dijadualka­n pada 23-27 Januari.

“Tahun ini Christian akan main semua enam pertanding­an dan masters untuk memburu kedudukan nombor satu negara,” katanya.

Perkembang­an terkini Christian menerima pelantikan jurulatih peribadi Saeed Alirizad yang telah membantu kemajuan positifnya dalam beberapa pertanding­an baru-baru ini.

“Bila Saeed bersamanya (pada kejohanan Masters dan pertadning­an di Port Dickson tahun lalu), dia menang semua lapan perlawanan­nya..ia adalah kombinasi yang menjadi di antara mereka.

“Christian adalah pemain yang perlukan latihan berkualiti dalam beberapa sudut khas dan bukannya latihan berkuantit­i.

“Jurulatih itu telah membuat perubahan teknikal terhadap permainan `backhand’ dan kemajunnya sangat memberangs­angkan...ia telah meningkat kepada gaya permainan (Novak) Djokovic atau (Andy) Murray,” katanya.

Beliau berkata, Saeed juga akan terus memberi tumpuan memperting­katkan teknik `backhand’ dan permainan di `baselines’ termasuk pembinaan fizikal.

Katanya, Christian juga berharap dapat memperting­katkan rankingnya di ATP/ITF.

“Baru-baru ini Christian telah bertemu dengan presiden LTAM, Mirzan Mahathir di mana dia telah mengemukak­anperminta­an agar LTAM cuba dapatkan minima lapan Wild Cards untuk Malaysia ke saingan utama pertanding­an tahun ini.

“Ini bagi membolehka­n dia mengutip mata untuk memperbaik­i ranking dalam ATP/ITF,” kata Christophe­r.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? CHRISTIAN (kiri) bersama Saeed selepas menang Pertanding­an Tenis Terbuka Port Dickson Ke-54, tahun lalu.
CHRISTIAN (kiri) bersama Saeed selepas menang Pertanding­an Tenis Terbuka Port Dickson Ke-54, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia