Utusan Borneo (Sabah)

Burton perlukan ‘keajaiban’ tumbangkan City: Clough

-

memastikan Wolves melangkah ke pusingan keempat, di mana mereka akan menentang sama ada LONDON, England: Burton Albion akan memerlukan satu “keajaiban” untuk menumbangk­an kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada perlawanan timbal balik separuh akhir Piala Liga Inggeris, menurut pengurus kelab, Nigel Clough, tetapi beliau tidak asing mencipta kejutan dalam pertanding­an piala.

Anak kepada pengurus legenda, Brian Clough, yang membimbing Nottingham Forest memenangi dua Piala Eropah, Clough pada penggal pertama membimbing kelab apabila Burton, ketika itu bermain dalam divisyen lima di England, mengikat pasukan Manchester United yang dibarisi pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney tanpa gol pada aksi Piala FA 2006.

Burton sudah naik ke divisyen tiga atau Liga Satu tetapi Clough percaya menumbangk­an City, terutama sekali apabila mereka bertandang ke Stadium Etihad pada perlawanan pertama hari ini, adalah tugas yang lebih sukar.

“Saya fikir perlawanan kali ini adalah timbal balik,” kata Clough apabila diminta membuat perbanding­an tentang cabaran yang dihadapi pasukannya.

“Apabila Rooney dan Ronaldo dimasukkan pada minit ke-59 untuk Manchester United, ia adalah prospek yang sama dengan kualiti yang dimiliki Manchester City.

“Tetapi bermain di gelanggang lawan, ia sangat berbeza. Apabila mereka di gelanggang mereka sendiri, seperti yang anda lihat ketika menentang Liverpool, mereka cukup bagus dan yakin dalam padang.”

Clough juga membimbing Sheffield United ke separuh akhir Piala Liga Inggeris dan Piala FA Inggeris ketika dalam Liga Satu untuk dua musim – 2013 dan 2015.

Bagaimanap­un, selepas menyingkir­kan Aston Villa, Nottingham Forest dan Middlesbro­ugh dari Liga Kejuaraan (divisyen dua) dan Burnley dari Liga Perdana, Burton belum bertemu lawan sehebat City.

“Kami belum melihat sebarang statistik tentang mereka kerana ia hanya akan menakutkan pemain,” akui Clough. “Mereka mengetahui­nya Mereka menonton perlawanan penting Liga Perdana setiap minggu. Mereka tahu bagaimana bagus pasukan ini.

“Untuk melangkah ke separuh akhir Piala Liga Inggeris, ia juga satu tugas yang hebat. Tetapi kami masih mempunyai peluang tipis untuk melakukan satu keajaiban tetapi kami akan mencubanya.”

Clough memenangi Piala Liga dua kali sebagai pemain ketika di bawah kendalian ayahnya di Forest sebelum satu perpindaha­n ke Liverpool pada 1993 dan kemudian menyertai City pada 1995 pada masa apabila ia adalah tentang bertahan dalam Liga Perdana berbanding menguasai lawan di Maine Road.

City masih bersaing dalam empat pertanding­an ketika mereka berjaya menghampir­i Liverpool dengan kurang empat mata dan membelasah Rotherham 7-0 pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA Ahad lepas walaupun menurunkan skuad simpanan.

“Kami melakukan apa yang harus dilakukan untuk menjadi kelab hebat,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Kelab hebat tidak memilih pertanding­an, tidak memilih perlawanan, anda harus menjalanka­n tugas anda.”

Tugas seterusnya buat City ialah menamatkan impian Clough membawa pasukannya ke Wembley (final) sama seperti yang dilakukan oleh ayahnya dengan kerap ketika di Forest. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KLOPP PEMAIN Liverpool, Curtis Jones (tengah) diasak oleh dua pemain Wolverhamp­ton ketika beraksi pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium Molineux, Wolverhamp­ton Isnin lepas.
— Gambar Reuters KLOPP PEMAIN Liverpool, Curtis Jones (tengah) diasak oleh dua pemain Wolverhamp­ton ketika beraksi pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium Molineux, Wolverhamp­ton Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia