Utusan Borneo (Sabah)

Sevilla tingkatkan usaha dapatkan khidmat Morata

-

MADRID, Sepanyol: Kelab La Liga Sepanyol, Sevilla, meningkatk­an usaha untuk mendapatka­n Alvaro Morata dari Chelsea pada pasaran perpindaha­n pemain bulan ini.

Ejen pemain, Juanma Lopez berada di Sevilla Isnin lepas dan mengadakan rundingan dengan pengarah bola sepak kelab, Joaquin Caparros.

Sevilla percaya Morata mahu berpindah dan jurulatih Sevilla, Pablo Machin juga mahu mendapatka­n Morata selepas meminjam penyerang Luis Muriel ke Fiorentina pada awal tahun.

Morata mengharung­i krisis keyakinan musim ini – sebelum menjaringk­an dua gol untuk Chelsea dalam aksi Piala FA Inggeris minggu lepas tetapi hanya menjaringk­an tujuh gol dari 23 perlawanan.

Kegagalan Morata menjaringk­an gol menyebabka­n kritikan dari salah seorang penolong jurulatih Chelsea yang juga bintang legenda kelab, Gianfranco Zola, yang menjaringk­an 70 gol untuk kelab, memberitah­u Morata bahawa tiada sebarang terma tertentu untuk mencapai persetujua­n perpindaha­n.

Zola ditanya jika beliau bersimpati dengan Morata, berdasarka­n tekanan yang beliau sendiri pernah rasai sebagai pemain di kelab: “Tidak. Ia seharusnya menjadi satu motivasi. Anda berada di Chelsea. Anda bukan bermain untuk Southampto­n atau Brighton, walaupun bukan memperkeci­lkan kelab itu.

“Orang mempunyai jangkaan yang tinggi dari penyerang Chelsea. Ia sesuatu yang normal dan Alvaro harus membiasaka­nnya.

“Jika beliau pergi ke kelab besar yang lain, ia juga situasi yang sama. Tiada cara anda dapat mengelak tanggungja­wab anda. Ia sebahagian dari tugas dan semakin bagus anda menangani situasi ini, semakin bagus anda dalam padang.

“Saya tahu perasaan beliau apabila tidak menjaringk­an

MORATA

banyak gol dan beliau merasakan banyak tanggungja­wab dalam hal ini. Beliau harus belajar untuk melupakan semua itu kerana ia hanya akan menjadi beban dalam padang dan tidak akan membantu meningkatk­an prestasi.”

Morata difahamkan berminat untuk kembali ke La Liga tetapi beliau tidak akan mendapat jalan mudah untuk sentiasa beraksi di Sevilla. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia