Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Polis Labuan adakan perjumpaan dengan warga SMK Labuan

-

Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan Superinten­dan Haji Mohamad Farid Ahmad telah mengadakan perjumpaan dengan warga SMK Labuan pada hari pertama persekolah­an.

Program yang berlangsun­g di Dewan Mutiara SMK Labuan dari jam 7 hingga 7.30 pagi itu dihadiri 684 pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 4 (278), Tingkatan 5 (254) dan Tingkatan 6 Atas (152).

Turut menghadiri program yang julung kalinya diadakan itu ialah 70 guru sesi pagi SMK Labuan yang diketuai olah Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah.

Hadir sama, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti IPD Labuan DSP Firdaus Ramli, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Labuan merangkap Pegawai Perhubunga­n Polis SMK Labuan ASP Syed Asrul Sani Syed Adnan dan Sukvinderj­eet Singh dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti IPD Labuan serta Pegawai Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Labuan merangkap Pegawai Angkat SMK Labuan Mohd Nizam Yasim.

Selain itu, Ustazah Marziawati Mardan (Penolong Kanan HEM SMK Labuan), Cheah Teong Aik (Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Labuan) dan Saminan Sabtu (Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan).

Ismail ketika menyampaik­an ucapan berkata pihak sekolah sangat menghargai komitmen pihak IPD membantu sekolah dalam hal berkaitan pencegahan jenayah dan aktiviti tidak sihat dalam kalangan pelajar SMK Labuan.

Katanya, pihak sekolah telah mewujudkan medium komunikasi

WhatsApp bersama pegawai perhubunga­n polis untuk memudahkan penyaluran maklumat daripada kedua-dua pihak.

“Semoga kerjasama ini dapat membantu memudahkan usaha sekolah mencapai kecemerlan­gan dalam pelbagai bidang,”katanya.

Sementara itu, Farid berkata pelajar sekolah mestilah memberi tumpuan kepada pelajaran dan penglibata­n dalam aktiviti sekolah yang bertujuan memupuk kebolehan diri dan meningkatk­an kualiti sahsiah diri.

Katanya, pelajar mesti mempunyai kekuatan untuk menghindar­kan diri daripada risiko dan pengaruh yang tidak baik daripada rakan-rakan sebaya.

“Kesilapan dalam membuat pertimbang­an akan menjejaska­n tumpuan kepada pelajaran dan usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan,” katanya.

Beliau juga menyeru semua pelajar agar bertindak sebagai mata dan telinga pihak polis, memberi maklumat berkaitan kegiatan tidak sihat yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan.

“Tujuannya supaya kegiatan itu dapat dibanteras dan pelajar yang terlibat tidak terjerumus dalam kegiatan yang merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Tambah Farid, pihak polis akan sentiasa membantu pihak sekolah dari segi pencegahan dan pembanguna­n diri pelajar kerana ia merupakan sebahagian daripada sumbangan pihak polis kepada masyarakat.

“Semoga SMK Labuan akan terus melakar kejayaan, memberi peluang kepada ramai pelajar terlibat dalam aktiviti yang boleh membawa nama baik SMK Labuan di peringkat Labuan, kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? FARID dan para pegawainya merakam gambar kenangan bersama warga SMK Labuan.
FARID dan para pegawainya merakam gambar kenangan bersama warga SMK Labuan.
 ??  ?? FARID (kiri) sijil penghargaa­n drp Ismail.
FARID (kiri) sijil penghargaa­n drp Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia