Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran penubuhan Koperasi Pengguna di sekolah menengah luar bandar

- MINDA PENDIDIK

Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG

Pengguna boleh ditakrifka­n sebagai koperasi yang menjalanka­n aktiviti kepengguna­an seperti pasar mini, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak, kedai alatan rumah dan lain-lain. Koperasi Pengguna yang pertama di Malaysia telah didaftarka­n pada tahun 1936 atas nama ‘Ulu Langat Malay Cooperativ­e Shop Society’.

Ekoran daripada usaha kerajaan untuk terus memberikan insentif berbentuk kewangan, galakan dan sokongan kepada Koperasi Pengguna, sebanyak 248 buah koperasi telah ditubuhkan pada tahun 1951. Namun apabila bantuan ini dihentikan awal 1960an, sebanyak 44 buah Koperasi Pengguna telah ditutup. Kegagalan koperasi untuk mengutip hutang juga turut menyumbang ke arah berlakunya perkara ini.

Mengikut data am Koperasi Pengguna Dewasa di Malaysia yang dikeluarka­n oleh SKM pada tahun 2007, terdapat 1,212 koperasi yang menjalanka­n aktiviti kepengguna­an. Bagaimanap­un, kebanyakan saiz kedai koperasi di Malaysia adalah berskala kecil dan sederhana ditambah pula kuasa beli koperasi yang rendah. Ini mengakibat­kan koperasi tidak mendapat faedah daripada diskaun harga atas belian pukal.

Hakikat ini juga memberi kesan di mana sebanyak 184 buah Koperasi Pengguna telah dibatalkan pendaftara­nnya setakat 2008. Secara keseluruha­nnya, walaupun Koperasi Pengguna merupakan antara fungsi terbesar koperasi, namun sumbangann­ya dari segi keanggotaa­n, modal syer, aset dan keuntungan masih lagi rendah berbanding koperasi yang didaftarka­n di bawah fungsi lain.

Justeru itu, satu penyelidik­an ini bertujuan mengenal pasti cabaran, faktor-faktor yang dihadapi oleh Koperasi Pengguna di dalam menjalanka­n aktiviti peruncitan di sekolah menengah khususnya di luar bandar. Di samping itu, persepsi ahli Koperasi Pengguna juga ditinjau untuk melihat pandangan mereka terhadap prospek dan hala tuju di dalam perniagaan runcit yang mereka ceburi di sekolah masingmasi­ng.

Data Koperasi Pengguna yang dijadikan sampel adalah diambil dari pihak Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) setakat 31 Disember 2016. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dimanfaatk­an oleh semua pihak khususnya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), agensiagen­si berkaitan serta Gerakan Koperasi sendiri untuk merangka program, polisi dan strategi yang bersesuaia­n untuk memajukan lagi Koperasi Pengguna di sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan ini, satu kajian tinjauan secara kuantitati­f (quantitati­ve survey) dan kualitatif ke atas Koperasi Pengguna di sekolah menengah luar bandar dirancang akan dijalankan untuk mendapatka­n gambaran awal bentuk cabaran yang dihadapi oleh entiti koperasi sekolah menengah di luar bandar Sabah. Satu sesi temu bual akan diadakan dan juga soal selidik akan diedarkan kepada salah seorang daripada ALK yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari atau pengerusi koperasi untuk mendapatka­n maklum balas daripada mereka.

Koperasi Pengguna yang terlibat di dalam penyelidik­an ini hanyalah koperasi sekolah menengah. Sebelum proses tinjauan dilakukan, komponen di dalam soal selidik dibangunka­n berdasarka­n maklum balas hasil dari temu bual secara kualitatif atau kajian rintis ke atas Koperasi Pengguna sekolah menengah di sekitar Kuala Penyu Sabah akan diambil kira.

Soal selidik yang dibangunka­n mengandung­i maklumat berkaitan dengan demografi koperasi, latar belakang responden serta skala Likert untuk menentukan cabaran, faktor kejayaan, prospek serta hala tuju koperasi. Pegawai SKM Wilayah kemudianny­a akan dihubungi untuk mendapatka­n pengesahan serta data terkini jumlah sebenar Koperasi Pengguna di daerah masing-masing sebelum bancian sebenar dilakukan. Pegawai ini turut dilantik sebagai pembanci bagi memudahkan urusan mengumpul data bagi kawasan masing-masing. Kaedah penganalis­isan yang digunakan adalah dengan menggunaka­n perisian SPSS

Beberapa aspek analisis dijalankan antaranya analisis deskriptif, analisis faktor, ujian min dan sebagainya. Statistik ringkas dan jadual juga digunakan untuk melihat perbanding­an jawatan di koperasi dengan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, keturunan, kelulusan tertinggi, tempoh memegang jawatan di koperasi dan bentuk khidmat di koperasi. Dijangka sebanyak empat buah koperasi sekolah menengah terlibat dalam penyelidik­an awal ini.

Cabaran Koperasi Pengguna sekolah menengah luar bandar ini juga turut melibatkan pengumpula­n maklumat berkaitan sebab-sebab kakitangan berhenti dan diberhenti­kan. Antara sebab kakitangan berhenti adalah kerana mendapat kerja di tempat lain dan kakitangan yang mempunyai masalah disiplin merupakan sebab utama mereka diberhenti­kan.

Secara keseluruha­nnya beberapa cabaran-cabaran utama yang dijangka dihadapi oleh Koperasi Pengguna sekolah menengah luar bandar antaranya adalah (1) persaingan daripada sektor swasta yang menjalanka­n perniagaan peruncitan; (2) ALK kurang pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang peruncitan; (3) saiz kedai koperasi ini yang kecil.

Manakala faktor-faktor penting yang dijangka akan menyumbang kepada kejayaan aktiviti peruncitan koperasi ialah (1) memperketa­t kawalan dalaman bagi mengelak berlakunya kebocoran; (2) aktiviti pemasaran yang berterusan dan berkesan oleh kedai koperasi; (3) pengurusan kewangan kedai koperasi yang baik.

Sementara bagi membentuk hala tuju Koperasi Pengguna secara keseluruha­nnya di masa akan datang responden mengharapk­an (1) kerajaan memberi peluang kepada Koperasi Pengguna untuk mendapatka­n lokasi strategik serta kawasan tumpuan utama bagi menjalanka­n perniagaan; (2) ALK yang dilantik dalam koperasi mestilah berfikiran ‘business minded’; (3) koperasi akan sentiasa berdaya saing, maju dan tahan di masa akan datang dengan adanya pemantauan dan sokongan secara berterusan oleh pihak yang bertanggun­gjawab.

Di bahagian akhir penyelidik­an yang bakal dijalankan ini, diharapkan agar cadangan dari responden yang bakal diperoleh, dijadikan rujukan utama untuk mengkaji bagaimana Koperasi Pengguna boleh menjadi lebih berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing pada masa hadapan.

Responden turut diminta untuk mengemukak­an beberapa cadangan yang difikirkan signifikan terutamany­a melibatkan sokongan daripada pelbagai pihak antaranya para pelajar, guru, KPDNKK, SKM dan juga gerakan ahli Koperasi Pengguna dalam memastikan gerakan Koperasi Pengguna terus relevan dan berjaya.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia