Utusan Borneo (Sabah)

Filem animasi 3D terbaharu Upin & Ipin di pawagam, 21 Mac ini

-

SELEPAS 10 tahun mencipta fenomena menerbitka­n filem animasi 3D pertama negara berjudul ‘Geng: Pengembara­an Bermula’, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd kembali dengan filem animasi 3D ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ (UIKST) yang bakal disiarkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac ini.

Mengambil masa lima tahun untuk penyelidik­an dan penghasila­n teknikal yang setanding filem animasi antarabang­sa, UIKST dijangka dapat melonjakka­n mutu industri animasi tempatan setanding karya-karya besar di luar negara.

Pengarah Urusannya, Burhanuddi­n Md Radzi berkata UIKST yang menelan belanja hampir RM20 juta menggunaka­n sepenuhnya kepakaran anak tempatan.

“Ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan kerana Les’ Copaque mahu meningkatk­an tahap teknikal kumpulan produksi.

“Selain itu, team produksi kita juga banyak mempelajar­i kemahiran teknikal dengan menggunaka­n teknologi dari Hong Kong bagi menghasilk­an animasi yang lebih hidup dari segi warna dan pergerakan animasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Poster dan Trailer UIKST di GSC Movies Mid Valley, Kuala Lumpur kelmarin.

UIKST mendapat sentuhan tiga pengarah muda Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim yang berpengala­man menghasilk­an siri animasi terbitan Les’ Copaque iaitu siri ‘Upin dan Ipin’, ‘Pada Zaman Dahulu’ dan ‘Puteri’.

Ahmad Razuri berkata gabungan itu bertujuan menonjolka­n kelainan berbanding siri animasi yang pernah diterbitka­n Les’ Copaque.

“Setiap pengarah memberikan penekanan terhadap elemen-elemen berbeza mengikut kepakaran masing-masing seperti elemen emosi, aksi dan juga perkembang­an watak,” katanya.

UIKST berkisar tentang pengembara­an Upin dan Ipin ke sebuah kerajaan Inderaloka selepas menemui sebilah keris Melayu dalam bilik stor milik Tok Dalang bernama Keris Siamang Tunggal.

Pengembara­an itu membawa kembar comel dan nakal itu bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak Belalang.

Filem itu juga bakal ditayangka­n di Indonesia, Brunei dan Singapura. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? KRU PRODUKSI: Pengarah Urusan Les’ Copaque yang juga penerbit filem animasi ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’, Burhanuddi­n Md Radzi ketika bersama kru produksi Les Copaque pada majlis pelancaran poster Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal dan trailer filem baru-baru ini. — Gambar Bernama
KRU PRODUKSI: Pengarah Urusan Les’ Copaque yang juga penerbit filem animasi ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’, Burhanuddi­n Md Radzi ketika bersama kru produksi Les Copaque pada majlis pelancaran poster Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal dan trailer filem baru-baru ini. — Gambar Bernama
 ??  ?? AKAN DATANG: Pengarah Urusan Les’ Copaque yang juga penerbit filem animasi ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’, Burhanuddi­n Md Radzi (empat, kiri) ketika melancarka­n poster dan trailer filem di Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Bernama
AKAN DATANG: Pengarah Urusan Les’ Copaque yang juga penerbit filem animasi ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’, Burhanuddi­n Md Radzi (empat, kiri) ketika melancarka­n poster dan trailer filem di Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Bernama
 ??  ?? SUARA UPIN & IPIN: Pemilik suara latar Upin & Ipin, Asyiela Putri ketika menjawab pertanyaan media. — Gambar Bernama
SUARA UPIN & IPIN: Pemilik suara latar Upin & Ipin, Asyiela Putri ketika menjawab pertanyaan media. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia