Utusan Borneo (Sabah)

Sabah laksana larangan merokok mulai 1 Feb

-

KOTA KINABALU: Sabah akan mula melaksanak­an larangan merokok di premis makanan bermula 1 Feb ini, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Menurut beliau, keputusan itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerus­ikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Rabu.

Ini akan memberi masa kepada semua agensi dan pemilik premis terlibat untuk membuat persiapan bagi pelaksanaa­n peraturan ini.

Penguatkua­saan sepenuhnya peraturan ini hanya akan dilaksanak­an pada 1 Julai. Sehingga 30 Jun, kementeria­n bersama Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah akan melaksanak­an penguatkua­sa pendidikan, katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Wong berkata sungguhpun makluman awal telah dibuat mengenai pewartaan yang dipinda ini pada akhir tahun lepas, pihak Kerajaan Negeri Sabah tidak ada menerima makluman bertulis.

Ini menyebabka­n kekeliruan mengenai penguatkua­saan peraturan ini di Sabah, katanya.

Menurutnya, sebab itu Kerajaan Negeri membuat keputusan menangguh pelaksanaa­n peraturan itu sehingga dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet negeri.

Kerajaan Negeri prihatin terhadap kesihatan penduduk negeri ini dan menyokong penuh usaha Kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata secara prinsipnya Kerajaan Negeri menyokong pelaksanaa­n peraturan larangan merokok kawasan tempat makan samada berhawa dingin dan terbuka. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia