Utusan Borneo (Sabah)

Polis ambil tindakan agresif

Berikutan empat kes maut ditembak bakakuk

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis Kontinjen Sabah akan melaksanak­an tindakan lebih agresif dalam membantera­s penggunaan senjata api buatan sendiri atau bakakuk di negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk O m a r M amma h berkata pihaknya akan melaksanak­an tindakan ketat bagi merampas serta menghapusk­an bakakuk, ginsok senapang angin serta apa-apa senjata seumpamany­a.

“Bagi tahun 2018, kita menjalanka­n siasatan sebanyak 34 kes yang membabitka­n empat kematian serta lima mengalami kecederaan disebabkan senjata api buatan sendiri ini.

“Sepanjang tempoh siasatan dijalankan, polis turut merampas 45 laras bakakuk dan bagi jumlah yang dinyatakan, sebanyak 12 kes sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan (Januari) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Rabu.

Omar berkata penggunaan senjata api yang kebanyakan­nya direkodkan di Lahad Datu, Tawau serta Keningau itu dilakukan oleh warga tempatan menggunaka­n senjata yang dibuat sendiri dan sebahagian­nya dibeli daripada orang tengah yang aktif menjalanka­n kegiatan terbabit.

Bercakap lanjut berkenaan statistik jenayah di Sabah pada tahun lalu, beliau berkata indeks jenayah bagi 2018 merekodkan penurunan sebanyak 91 kes iaitu hanya 6,150 kes bagi tahun lalu berbanding 6,241 pada 2017.

“Kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 juga menunjukka­n penurunan ketara iaitu hanya 109 kes membabitka­n 162 tangkapan pada tahun lalu berbanding 123 dengan 226 tangkapan pada 2017.

“Kita juga berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dengan rekod rampasan 104.3 kilogram (kg) dadah bernilai RM5.2 juta dan menahan empat individu di Tawau serta tangkapan kedua membabitka­n suspek lelaki dengan rampasan 51.9 kg dadah bernilai RM2.5 juta di Lahad Datu,” katanya.

Bagi jenayah kolar putih, pihaknya menahan 643 suspek membabitka­n 1,640 kes dan menyelesai­kan kes penipuan Pelaburan Grow Asia atau Musang King yang menyebabka­n kerugian sehingga RM3,468,385 tahun lalu.

“Kita juga memberikan tumpuan menyeluruh kepada kes perjudian dengan melaksanak­an 799 serbuan sepanjang tahun lalu dengan membuat sebanyak 2,009 pemeriksaa­n di premis tidak berlesen serta menahan 1,443 individu terlibat.

“Enam daripada dalang utama kegiatan perjudian yang terdiri daripada pengusaha premis dihukum di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca),” katanya.

 ??  ?? OMAR memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perhimpuna­n Bulanan (Januari) IPK pada Rabu.
OMAR memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perhimpuna­n Bulanan (Januari) IPK pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia