Utusan Borneo (Sabah)

PDRM Labuan gariskan tiga hala tuju tahun 2019

-

LABUAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan menggarisk­an tiga hala tuju utama tahun 2019 bagi memerangi isu jenayah dan pendatang tanpa izin di sini.

Menurut Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid A h mad, hala tuju yang pertama adalah untuk memerangi dan mengurangk­an kadar jenayah melalui pendekatan holistik dengan meningkatk­an kecekapan serta operasi bersepadu melibatkan semua bahagian IPD Labuan.

“PDRM juga akan meningkatk­an kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menjaga keselamata­n harta benda masing-masing.

“Kita juga akan meningkatk­an kualiti maklumat menggunaka­n modul Central Criminal Intelligen­ce Unit (CCIU) melibatkan jenayah dari semua peringkat anggota dan pegawai IPD Labuan,” katanya.

Katanya, hala tuju kedua adalah membantera­s penyalahgu­naan dadah secara menyeluruh dengan meningkatk­an operasi di sarang-sarang yang dikenal pasti seperti menerusi Ops Tapis dan Ops Sarang.

“Kita akan bertindak tegas kepada pengedar atau penagih berulang dan dikenakan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan selama lima tahun,” katanya.

Bagi hala tuju ketiga pula, Farid menerangka­n PDRM akan meningkatk­an pemeriksaa­n dan tangkapan di kawasan penempatan haram atau setinggan melibatkan warga asing di sekitar Labuan.

“Operasi dengan agensi berkaitan lain antaranya Jabatan Imigresen, Majlis Keselamata­n Negara, Rela, Jabatan Pendaftara­n dan Perbadanan Labuan akan ditingkatk­an bagi membendung kebanjiran warga asing.

“P DR M juga akan mengkaji modus operandi kemasukan pendatang asing ke Labuan termasuk mengadakan pemeriksaa­n mengejut di Terminal Feri Antarabang­sa Labuan, feri dan penumpang feri,” katanya ketika sidang media Laporan Tahunan dan Statistik Jenayah Tahun 2018 IPD Labuan pada Rabu.

Selain itu, Farid turut berkongsi beberapa statistik antaranya peningkata­n kadar pertuduhan kes jenayah sekali gus mengatasi KPI yang ditetapkan.

“IPD Labuan mencapai KPI yang ditetapkan yang mana kadar pertuduhan kita adalah sebanyak 42.47 peratus mengatasi KPI yang ditetapkan sebanyak 35 peratus.

“Kadar penyelasai­an kes pula, IPD Labuan mencapai 55.64 peratus daripada jumlah keseluruha­n 266 kes yang dilaporkan bagi tahun 2018 mengatasi KPI ditetapkan sebanyak 45 peratus.

Tambahnya, terdapat peningkata­n pada indeks jenayah sebanyak 62 kes bersamaan 30.39 peratus bagi tahun 2018.

“Jenayah kekerasan meningkat lima kes bersamaan 25 peratus daripada jumlah dilaporkan 25 kes berbanding 20 kes tahun 2017,” katanya.

 ??  ?? FARID
FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia