Utusan Borneo (Sabah)

Rugi RM1.5 juta penipuan perniagaan dalam talian di Labuan tahun lepas

-

LABUAN: Pihak berkuasa siasatan jenayah komersial Labuan mencatatka­n kira-kira RM1.5 juta kerugian pada tahun lepas akibat daripada pembelian barangan dan perkhidmat­an menerusi internet.

Ketua Polis Labuan, Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, penipuan telekomuni­kasi menerusi dalam talian dan khidmat pesanan pendek (SMS) mencatatka­n kes tertinggi dengan kerugian RM947,055.

“Ini situasi yang membimbang­kan kerana jumlah berkenaan mencecah lebih RM1 juta kerugian dan kami yakin terdapat ramai lagi orang menjadi mangsa tetapi kekal berdiam diri,” katanya pada persidanga­n akhbar selepas perhimpuna­n bulanan di sini, Rabu.

Beliau berkata, 419 Scam atau lebih popular sebagai African Scam menduduki tempat kedua tertinggi dengan kerugian RM491,720 dan ECommerce (pembelian dalam talian) RM45,705.

Pada November tahun lepas, dua wanita kehilangan tabungan seumur hidup mereka berjumlah RM584,100 selepas terjebak dalam penipuan menerusi telefon, dikenali sebagai Macau dan African Scams.

Dalam kes pertama, yang berlaku pada 1 Nov, melibatkan seorang ahli akademi berumur 39 tahun yang menyangka dia menemui cinta sejati dalam talian, tetapi berakhir dengan kekecewaan apabila menjadi mangsa penipuan cinta.

Beliau mengalami kerugian RM376,100 kepada ‘kekasih palsu’ yang baru dikenali sebulan menerusi Facebook.

Satu lagi kes melibatkan seorang surirumah berusia 49 tahun, yang diyakini akaunnya terjebak dalam kes pengubahan wang haram.

Wanita ini tidak mengetahui mengenai kes berkenaan hanyalah palsu hingga dia kehilangan seluruh wang simpananny­a.

Kedua-dua kes itu bukanlah asing memandangk­an polis Labuan telah mencatatka­n 37 kes penipuan dalam talian dan telefon membabitka­n RM1,329,110 sejak Januari tahun lepas. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia