Utusan Borneo (Sabah)

FSSA anjur Karnival Jelajah Sains 2019 di Ranau pada 22- 24 Februari

-

KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menganjurk­an Karnival Jelajah Sains 2019 (KJS 2019) yang akan melibatkan pelajar sekolah di sekitar daerah Ranau pada 22 hingga 24 Februari depan.

Timbalan Dekan (Penyelidik­an dan Inovasi) FSSA Dr Mohd Sani Sarjadi berkata, KJS 2019 menyasarka­n sekurang-kurangnya penyertaan daripada 11 sekolah di sekitar daerah Ranau.

“Program ini bertujuan memupuk minat pelajar terhadap aliran Sains dan Teknologi yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan tinggi secara amnya serta di FSSA secara khusus dan seterusnya mendukung prinsip Pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) Bersepadu.

“Di samping itu, karnival ini memberi pendedahan secara terus kepada para pelajar melalui perkongsia­n maklumat serta aktiviti menarik yang diadakan melibatkan pelajar prasiswaza­h serta pensyarah dari 14 program yang terdapat di FSSA,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama pihak pentadbir SMK Ranau bagi membincang­kan perancanga­n karnival itu.

Mohd Sani berkata, 14 program itu adalah program Akuakultur (HS27), Bioteknolo­gi (HG07), Geologi (HS21), Sains Marin (HS40), Sains Sekitaran (HS11), Kimia Industri (HS07), Matematik dengan Ekonomi (HS08), Matematik dengan Komputer Grafik (HS09), Fizik dengan Elektronik (HS22), Perhutanan Tropika Antarabang­sa (HG19), Teknologi dan Industri Kayu (HY11), Ladang Hutan dan Perhutani (HG23), Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi (HG20) dan Biologi Pemulihara­an (HS03).

 ??  ?? MOHD Sani (depan, kiri) bersama delegasi FSSA merakamkan gambar kenangan dengan Barizah (depan, tiga dari kanan).
MOHD Sani (depan, kiri) bersama delegasi FSSA merakamkan gambar kenangan dengan Barizah (depan, tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia