Utusan Borneo (Sabah)

Cuba menyusup keluar ke negara jiran

APMM Tawau tahan juragan, empat penumpang, barangan kawalan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan seorang juragan dan empat penumpangn­ya serta muatan berisi barangan kawalan di atas sebuah bot pam di perairan Kinabutan di sini, kira-kira jam 8.45 malam Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten (M) Romli Mustafa berkata selain juragan, mereka yang ditahan terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua kanakkanak perempuan.

“Tahanan di dalam kes ini berumur antara dua hingga 32 tahun tetapi turut mempunyai dokumen pengenalan diri jenis pasport sah,” katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata barangan kawalan yang dirampas dari bot terbabit melibatkan 17 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 60 tong jeriken berisi minyak petrol.

Rampasan itu dibuat susulan kegagalan juragan bot mengemukak­an sebarang dokumen kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Penahanan terhadap kesemua tahanan dilakukan kerana mereka disyaki cuba menyusup keluar dari negara ini menuju ke Filipina tanpa menggunaka­n laluan rasmi.

“Malah, kesemua muatan berisi barangan kawalan bernilai kira-kira RM16,700 (termasuk bot pam) itu dipercayai hendak diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.

Tomli berkata, kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan menerusi Pegawai Penyiasat APMM Tawau di bawah Akta Imigresen 1959/ 63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya APMM Tawau akan terus meningkatk­an pemantauan dan sebarang aduan boleh disalurkan menerusi 089-752115 (Pusat Operasi APMM Tawau) atau MERS999.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua kanak-kanak perempuan. Tahanan di dalam kes ini berumur antara dua hingga 32 tahun tetapi turut mempunyai dokumen pengenalan diri jenis ” pasport sah.

 ??  ?? APMM Tawau menahan juragan, sepasang suami isteri dan dua kanak-kanak perempuan di perairan Kinabutan.
APMM Tawau menahan juragan, sepasang suami isteri dan dua kanak-kanak perempuan di perairan Kinabutan.
 ??  ?? Gambar kiri BOT pam ini ditahan hasil rondaan dan pemeriksaa­n rutin APMM Tawau di sekitar perairan di daerah Tawau.
Gambar kiri BOT pam ini ditahan hasil rondaan dan pemeriksaa­n rutin APMM Tawau di sekitar perairan di daerah Tawau.
 ??  ?? Gambar atas HASIL pemeriksaa­n turut ditemukan barangbara­ng kawalan yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.
Gambar atas HASIL pemeriksaa­n turut ditemukan barangbara­ng kawalan yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia