Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak akan berganjak mengenai larangan merokok

-

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan berganjak mengenai larangan merokok di semua restoran dan premis makanan meskipun mendapat tentangan dan kritikan daripada golongan perokok tegar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau menegaskan larangan itu akan dikuatkuas­akan dengan lebih baik untuk menjamin kesihatan golongan bukan perokok, khususnya warga tua dan anak kecil yang sering terdedah dengan kesan sampingan.

“Sudah pasti kita tidak akan berganjak dengan larangan ini. Kita akan mendepani tentangan tentangan ini dan kita tahu ada semakan kehakiman berhubung ini.

“Tetapi kita juga mendapat penglibata­n dari pihak Peguam Negara dan pakar undangunda­ng untuk membantu kita di kementeria­n dalam mempertaha­nkan serta menjamin kita tidak berganjak atau menarik balik daripada ini,” katanya dalam sidang media di kementeria­nnya di sini pada Rabu.

Sejak larangan itu berkuatkua­sa pada 1 Jan lepas, Dzulkefly berkata sebanyak 13,724 amaran bertulis dikeluarka­n dan 75, 280 nasihat diberikan kepada individu sehingga Selasa.

Beliau berkata anggota penguatkua­saan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melawat 30,548 tempat makan termasuk yang beroperasi 24 jam sehingga tempoh itu.

Sebanyak 76,274 risalah juga telah diedar dalam usaha memberikan pendidikan dalam soal rokok, katanya.

Walaupun terdapat kritikan daripada golongan perokok, Dzulkefly yakin langkah tersebut akan membawa impak positif ke arah usaha menangani penularan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Ditanya sama ada kementeria­n mempertimb­angkan cadangan untuk membenarka­n untuk merokok di premis tersebut selepas pukul 10 malam, beliau berkata ia tidak akan dipertimba­ngkan langsung kerana ia dilihat sebagai satu tindakan ke belakang. Mengenai cadangan bagi pihak restoran menyediaka­n tempat khas untuk perokok di premis mereka, Dzulkefly berkata ia bergantung kepada kreativiti masing-masing selagi tempat itu dibuat sejauh tiga meter dari premis.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia