Utusan Borneo (Sabah)

Pengurus projek didenda RM25,000

Benarkan lima migran haram berada di tapak pembinaan

- Oleh CLARICE USOP

KOTAK INA BALU: Seorang pengurus projek dikenakan denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan membenarka­n lima migran haram berada di kawasan pembinaan.

L e e S o o n V u l ,40, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 55E (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara selama 12 bulan atau kedua-duanya untuk setiap migran haram.

Tertuduh didapati membenarka­n lima migran haram lelaki berusia antara 25 hingga 53 tahun berada di tapak pembinaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR).

Kesalahan dilakukan pada 16 Mac tahun lalu jam 10.40 pagi di Kampung Gayang, daerah Tuaran.

Hakim Azreena Aziz mengenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara dua bulan terhadap tertuduh untuk setiap migran haram terbabit.

Bagaimanap­un mahkamah membenarka­n tertuduh membayar denda berkenaan secara tiga kali ansuran.

Pegawai Pendakwa Muhd shafiq Amin dari Jabatan Imigresen melakukan pendakwaan manakala Lee tidak diwakili peguam.

Di Sungai Petani, seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang lelaki Disember lepas.

Bagaimanap­un tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, T. Suresh, 40, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Mengikut pertuduhan, Suresh dituduh membunuh A. Muniandy, 41, di Jalan Jati, 25A, Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Bedong dekat sini antara 10 malam, 28 Dis hingga 4.15 pagi, 29 Dis lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Feb depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia