Utusan Borneo (Sabah)

Memandu mabuk: Lima individu termasuk wanita didenda

-

KOTA KINABALU: Lima pesalah trafik antaranya seorang wanita dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Liew Tau Vui, 42, Adrian Liew Ket Leong, 19, Halen Archer Lazalius, 24, Feliciano Akuan Sakong, 24, dan Ah Choy Ah Fah, 51, selepas mengaku salah.

Liew, Adrian, Halen, Feliciano dan Ah Choy masing- masing didenda RM2,500, RM1,800, RM2,000, RM1,000 dan RM1,500 atau gagal bayar mereka boleh dikenakan penjara selama seminggu.

Mereka didapati memandu dalam pengaruh alkohol pada 11 November hingga 27 Disember tahun lalu di Jalan Kolam, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kota Kinabalu-Penampang dan Jalan Bundusan di sini.

Atas kesalahan itu, mereka disabitkan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan denda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara selama setahun.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warganegar­a Korea didakwa untuk kali kedua atas kesalahan terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Majistret Afiq Agoes menetapkan untuk laporan kimia pada 13 Februari terhadap Incheol Shin, 47, yang didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit salah boleh dikenakan denda sehigga RM5,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-dua sekali.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 deposit penuh dicagarkan dua penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh juga diarahkan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat sekali dalam tempoh dua minggu.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng memberitah­u bahawa tertuduh bekerja sebagai pemandu bas pelancong, namun mengikut undangunda­ng tertuduh hanya dibenarkan bekerja sebagai pemandu pelancong atau jurubahasa sahaja.

Peguam Azhier Farhan Arisin menyatakan, syarikat pelanconga­n terlibat sudah menghentik­an perkhidmat­an tertuduh dan sekarang ini tertuduh tidak bekerja.

Pada Disember tahun lalu, Incheol dikenakan denda sebanyak RM1,800 atau penjara lapan bulan selepas mengaku salah menggunaka­n dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia