Utusan Borneo (Sabah)

Mekanik didakwa cederakan isteri hingga parah

-

KOTA KINABALU: Seorang mekanik yang didakwa menyebabka­n cedera parah terhadap isterinya, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit dan minta dibicaraka­n.

Hakim Indra Hj Ayub menetapkan pengurusan kes pada 11 Februari dan tarikh perbicaraa­n pada 11 hingga 12 April terhadap Hasrol Hassan, 27, yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh didakwa mencederak­an Suziwati Osman, 25, dengan menggunaka­n tukul besi dan tali pinggang yang boleh menyebabka­n kematian.

Kesalahan dilakukan pada 22 Oktober tahun lalu jam 4 pagi di sebuah rumah, simpang Bubut Jalan Penghulu Tuah, Wilayah Persekutua­n Labuan.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326 A kanun sama.

Timbalan Pendakwara­ya U m a r Faiz memberitah­u mahkamah, mengikut Seksyen 326 A kanun sama, jika sabit salah boleh dikenakan hukuman dua kali ganda penjara selama 20 tahun dan sebat atau denda.

Justeru beliau membantah jaminan diberikan kepada tertuduh kerana kesalahan terbabit tidak boleh ditawarkan jaminan.

Tambahnya, mangsa ialah isteri tertuduh yang mengalami kecederaan serius dan lebam pada anggota badannya.

Namun Hasrol merayu diberikan jaminan kerana sejak kematian ayahnya, dirinya perlu menanggung ibu dan adik beradiknya selain isterinya tidak bekerja.

“Ini kesalahan pertama saya. Saya berjanji tidak akan mengganggu saksi,” katanya.

Sementara menunggu kes selesai, Indra memerintah­kan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

 ??  ?? HASROL (kiri) yang diiringi anggota polis menutup wajah dengan bajunya.
HASROL (kiri) yang diiringi anggota polis menutup wajah dengan bajunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia