Utusan Borneo (Sabah)

Larangan merokok inisiatif baik

Sabah mulakan pelaksanaa­n pada 1 Februari

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN (duduk, lima dari kanan), Surianih (duduk, empat dari kanan) bergambar bersama warga DBKK dan ahli Puspanita pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Keputusan berhubung larangan merokok di semua premis makanan dan restoran khususnya di kawasan bandaraya adalah satu inisiatif yang baik.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Nordin Siman berkata, pihaknya mengalualu­kan sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung larangan itu.

Sebelum ini, pihaknya juga mengadakan perbincang­an dengan kementeria­n berkenaan dan tindakan selanjutny­a yang wajar diambil dalam melaksanak­an larangan itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan (A G M) Puspa ni ta Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Bermula 1 Januari lepas, larangan merokok dikuatkuas­akan seluruh negara dan Sabah akan memulakan pelaksanaa­nnya pada 1 Februari depan.

Dalam pada itu, Nordin menyeru agar lebih ramai anggota wanita DBKK menyertai Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (Puspanita) Cawangan Bandaraya.

Menurutnya, setakat ini keahlian Puspanita hanya seramai 237 orang berbanding jumlah anggota wanita DBKK seramai 625 orang.

“Sebagai ahli Puspanita, para ahli berpeluang menyertai setiap program yang diadakan termasukla­h aktiviti keagamaan, sukan, lawatan, kesihatan, dan kecantikan.

“Sehubungan itu, mereka

“Bermula 1 Januari lepas, larangan merokok dikuatkuas­akan seluruh negara dan Sabah akan memulakan pelaksanaa­nnya pada 1 Februari depan.

yang belum menjadi ahli Puspanita, saya menyeru agar mendaftar dalam masa terdekat,” jelasnya. Turut hadir, Pengerusi Puspanita Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu Datin Suri ani h Bas r i.

 ??  ?? NORDIN
NORDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia