Utusan Borneo (Sabah)

Kepkas teroka potensi pelanconga­n kapal pelayaran

- SuperStar Virgo yang memiliki sebanyak 935 ruang kabin dan 13 tingkat.

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar (Kepkas) akan meneroka potensi untuk membangunk­an sektor pelanconga­n kapal pelayaran (star cruise).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihaknya akan berbincang dengan Setiausaha Tetap Kepkas William Baya dan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Suzaini Sabdin Ghani berhubung cara untuk mempromosi­kan sektor berkenaan sebagai sempadan lain dalam pelanconga­n.

Menurutnya, antara cadangan yang boleh dilaksanak­an adalah membawa pelancong dari seluruh dunia yang menggunaka­n kapal pelayaran untuk datang ke

(tengah) bersama tetamu jemputan lain bergambar kenangan selepas mengadakan lawatan di kapal pelayaran SuperStar Virgo.

Sabah.

Selain itu katanya, para penumpang kapal pelayaran juga boleh ditawarkan untuk transit ke Kota Kinabalu dalam tempoh 12 jam sebelum bertolak ke destinasi lain.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kapal pelayaran SuperStar Virgo di sini baru-baru ini. Kapal setinggi 13 tingkat itu adalah armada perdana bagi kapal pelayaran star cruise di Asia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Suria Capital Holdings Berhad Ng Kiat Min berkata, Kota Kinabalu memiliki sokongan dalam industri pelanconga­n di Sabah yang mampu menempatka­n kapal-kapal pelayaran dari serata dunia di pelabuhan sejak tahun 1970-an.

Ng yang juga pengarah urusan Sabah Ports Sdn Bhd berkesempa­tan mempelawa Christina untuk melawat kapal pelayaran SuperStar Virgo.

Kapal berkenaan membawa seramai 1,300 penumpang kebanyakan­nya dari selatan Asia, China, Hong Kong, Australia dan Eropah.

SuperStar Virgo memiliki panjang 268 meter, luas selebar 32 meter dan berat 75,338 tan. Ia mempunyai sebanyak 935 ruang kabin yang mampu memuatkan seramai 3,000 penumpang.

Antara kemudahan yang terdapat di kapal pelayaran mewah ini termasukla­h pusat perubatan, kolam renang, pusat kecergasan dan gimnasium, serta spa.

Turut disediakan lebih 10 restoran dan bar yang menawarkan ratusan jenis hidangan dari seluruh dunia termasuk Asia, India, China, Jepun, Itali, barat dan hidangan antarabang­sa.

 ??  ?? KAPAL
KAPAL
 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia