Utusan Borneo (Sabah)

Munirah atasi masalah kesesakan letak kereta di HKB

- Oleh HENRY BATING

KOTA BELUD: Masalah kesesakan kenderaan di Hospital Kota Belud (HKB) kini diatasi dengan pembukaan arena ‘parking muhibah’ berkeluasa­n 100 x 200 kaki yang mampu menempatka­n hampir 100 kenderaan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissa­h Munirah Majilis @Fakharudy berkata pihaknya telah memerhatik­an masalah itu sejak lama dan merasa prihatin terhadap kesesakan kenderaan yang berlaku di hospital itu.

“Saya melihat kawasan di kuarters lama hospital sebagai alternatif terdekat menyediaka­n ruang letak kereta yang lebih luas meski jauh sedikit dari bangunan utama hospital,” katanya pada Selasa selepas merasmikan arena baharu letak kereta yang siap dengan kos RM50,000.

Peruntukan itu disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya untuk merobohkan bangunan lama bagi menempatka­n arena letak kereta yang lebih luas.

Selepas perasmian, Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud meluangkan masa melawat pesakit luar yang

mengiringi Munirah meninjau persekitar­an Hospital Kota Belud.

kebetulan mahu mendapatka­n pemeriksaa­n di hospital itu.

Sementara itu, Pengarah HKB Dr Primus John menyatakan arena letak kereta yang terletak 150 meter dari bangunan utama hospital itu dapat memberi manfaat sampingan kepada pengunjung dengan berjalan kaki sebagai sebahagian senaman.

“Penyediaan ruang letak kereta yang agak jauh dari halaman utama hospital turut diamalkan di tempat lain,” katanya merujuk Hospital Manila, Filipina yang turut menggunaka­n kaedah sama dalam mengatasi kesesakan letak kereta di halaman bangunan utama hospital.

Kebetulan Dr Primus terlibat dalam projek berkenaan ketika melanjutka­n pengajian peringkat Master Pentadbira­n Hospital di Manila pada 2015.

Sebelum ini, katanya, masalah kesesakan kenderaan di hospital itu memuncak pada waktu pagi.

“Disebabkan kekurangan ruang letak kereta, halaman hospital berserabut dengan kenderaan diletak di ruang larangan seperti kawasan penyimpana­n ubat dan gas oksigen sehingga laluan ke bahagian lain hospital terhalang,” katanya.

Malahan, katanya, terdapat pengunjung membuat ‘double parking’ di bahu jalan sehingga menyukarka­n laluan kecemasan kenderaan rasmi.

 ??  ?? DR PRIMUS
DR PRIMUS
 ??  ?? MUNIRAH merasmikan parking muhibah Hospital Kota Belud.
MUNIRAH merasmikan parking muhibah Hospital Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia