Utusan Borneo (Sabah)

Beri fokus kepada MMI

Saranan Mistirine kepada warga pendidik di negeri ini

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistirine Radin berkata warga pendidik perlu memberikan fokus atau keutamaan kepada bidang tugas hakiki sebagai pendidik, selaras dengan konsep ‘Melindungi Masa Instruksio­nal’ (MMI).

Katanya, para pegawai di semua peringkat khasnya pihak dan Pejabat Pendidikan Daerah( P P D) serta pemimpin sekolah juga perlu berusaha memastikan keberadaan guru di sekolah dan di kelas (bilik darjah) melaksanak­an amanah dan tugas sebenar sebagai pendidik.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an amanat ringkas dalam satu majlis perjumpaan singkat dengan para pegawai, penyelia dan staf di PPD Sandakan di Wisma Persekutua­n, di sini pada Selasa.

MMI bukanlah satu dasar, sebaliknya ia merupakan amalan kepimpinan instruksio­nal yang telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan dibangunka­n, iaitu penekanan dan penjenamaa­n semula terhadap konsep ‘guru mengajar, murid belajar’.

Mistirine yang memulakan tugas sebagai pengarah JPNS pada penghujung tahun lalu telah mengambil ruang singkat untuk bersama-sama warga PPD Sandakan yang terletak di Tingkat 5 Wisma Persekutua­n (Batu 7) Jalan Labuk, di sini.

Beliau berada di Sandakan untuk menghadiri Mesyuarat Tanah Sekolah di Pejabat Tanah Daerah Sandakan dan seterusnya melawat sekolah di daerah Telupid.

Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Haji Sharif Mahada Sharif Attar merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pengarah JPNS atas kesudianny­a singgah bertemu sekejap dengan staf PPD Sandakan untuk memberi sedikit motivasi sebelum bergegas menghadiri mesyuarat tanah itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan PPD Sandakan Ramlan Jagah.

 ??  ?? MISTIRINE (duduk, tengah) bersama Mahada (dua dari kiri) dan Ramlan (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian pegawai, penyelia dan staf PPD Sandakan.
MISTIRINE (duduk, tengah) bersama Mahada (dua dari kiri) dan Ramlan (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian pegawai, penyelia dan staf PPD Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia