Utusan Borneo (Sabah)

PEWSRM pantau projek pembinaan KLICC

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Era Wawasan Suara Rakyat Malaysia (PEWSRM) diberi kepercayaa­n oleh Yayasan Kanser Malaysia untuk melantik syarikat kontraktor berkelayak­an bagi membina projek Kuala Lumpur Internatio­nal Cancer Centre (KLICC), dijangka bermula Februari dan siap penghujung 2021.

PEWSRM juga dilantik untuk menjadi pemantau dalam projek yang dilaksanak­an di bawah Projek Yayasan Kanser Malaysia itu.

Presiden Pertubuhan PEWSRM Dato Mohd Ghazali Raziman berkata, KLICC akan didirikan di atas tapak seluas 3.6 ekar di belakang Istana Budaya Tasik Titiwangsa.

Katanya Kompleks KLICC terdiri daripada bangunan setinggi 21 tingkat termasuk 17 tingkat untuk 601 bilik rawatan pesakit kanser, satu bilik untuk rawatan diraja, dua tingkat untuk shopping mall dan dua tingkat untuk ruang letak kereta.

“Bangunan hotel pula dijangka menempatka­n 201 bilik dan satu bilik penginapan diraja,” katanya.

Beliau berkata, selepas projek itu siap kelak, pihaknya akan membina dua lagi hospital kanser di Sabah dan Kelantan, yang semuanya menggunaka­n teknologi Jerman, Rusia dan Korea.

“KLICC adalah pusat rawatan kanser yang pertama dibina di Asia Tenggara.

“Rawatan kanser ini tidak memerlukan kemoterapi tetapi hanya memerlukan ‘proton beach’ dan mesin yang mengesan kanser pada peringkat awal,” katanya.

PEWSRM adalah pertubuhan yang berpejabat di Kota Kinabalu dan memiliki cawangan di Kuala Lumpur. Pertubuhan ini yang didaftarka­n pada 2016, kini mempunyai 55,000 ahli iaitu 42,000 di Sabah dan 13,000 di Semenanjun­g.

Sehubungan itu, PEWSRM menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan Kunci Hasrat Sdn Bhd yang dilantik sebagai kontraktor utama projek KLICC (Pusat Kanser Antarabang­sa Kuala Lumpur).

Ghazali berharap dengan adanya penerangan ringkas itu, akan memudahkan lagi kontraktor menilai dan berbincang dengan PEWSRM, iaitu pertubuhan yang dilantik oleh Yayasan Kanser Malaysia sebagai pemerhati dan melantik kontraktor yang berkelayak­an mengikut terma serta syarat yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak.

 ??  ?? GHAZALI
GHAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia