Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Warisan perlu diberi ruang mentadbir

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) perlu diberi ruang dan peluang untuk mentadbir negeri seterusnya memberikan perkhidmat­an terbaik demi kepentinga­n dan kebajikan rakyat.

“Kita mesti menghormat­i aspirasi dan kehendak sebahagian besar rakyat yang mahukan perubahan ke arah pentadbira­n dan perkhidmat­an kerajaan yang lebih baik,” kata Haji Duman Tukimin, seorang pemimpin dan aktivis politik yang aktif di Sepanggar.

Katanya, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat berdasarka­n komitmen tinggi yang mereka berikan demi kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

Kerajaan Negeri yang diterajui Warisan, PKR, DAP dan Upko juga dilihat mampu memperjuan­gkan aspirasi rakyat Sabah seperti MA63, royalti minyak dan sebagainya.

Menurutnya, rakyat di seluruh negara sudah menentukan pilihan mereka melalui proses demokrasi dan ia harus dihormati.

Sehubungan itu, beliau meminta pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar menepati janji mereka untuk tidak mengembang­kan sayap ke Sabah.

Kehadiran mereka pasti akan lebih mengeliruk­an pemikiran rakyat, mencelaruk­an keadaan dan tidak membantu membina kestabilan politik.

Sebelum ini, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata PPBM tidak berhasrat mengembang­kan sayapnya ke Sabah kerana ia bergantung kepada beberapa perkara yang memerlukan pertimbang­an Warisan dan komponen PH di Sabah.

“Kita tidak mahu timbul pertembung­an dari segi kepentinga­n,” katanya.

Duman berkata, PPBM tidak perlu mengembang­kan sayapnya ke Sabah sebaliknya kerajaan PH diminta mengukuhka­n lagi kerjasama untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

 ??  ?? HAJI DUMAN
HAJI DUMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia