Utusan Borneo (Sabah)

NGO buat laporan polis berkaitan individu hina Agong, TMJ

-

BATU PAHAT: Susulan tindakan beberapa individu yang menghina istitusi Diraja di negara ini, termasukla­h kepada Yang Dipertuan Agong dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bangsa Johor Skuad Muafakat 4All telah membuat laporan polis.

Pengasasny­a Wahyu Hidayat Jaapar berkata pihaknya kesal terhadap perbuatan berkenaan kerana dianggap biadap terhadap institusi diraja yang seharusnya dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, pada Sabtu lalu, dia terbaca satu penulisan melalui sebuah akaun media sosial yang terkandung satu provokasi yang cenderung menghasutp­embacalain­untuk memberikan pandangan yang negatif terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Daripada apa yang dimuat naik melalui akaun Facebook milik Kamarul Ariffin itu, ia cenderung untuk membenci institusi diraja Johor termasukla­h kepada TMJ.

“Susulan daripada perbuatan berkenaan saya mewakili Gabungan NGO Bangsa Johor, Skuad Muafakat 4All membuat laporan polis agar tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Dalam masa yang sama, NGO berkenaan turut membuat laporan polis terhadap seorang lagi individu yang juga menghina istitusi diraja dengan menghina Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad IV.

Katanya, akaun laman sosial milik Eric Liew itu termuat kata-kata dipercayai bertujuan menghasut orang ramai untuk membenci institusi diraja di negara ini.

“Kami dalam gabungan ini turut mengharapk­an individu berkenaan dapat dijatuhi hukuman yang setimpal agar perbuatan menghina di laman sosial ini tidak menjadi ikutan kapada meraka yang lain.

“Biarlah adanya hukuman kepada mereka-mereka ini (pemilik laman sosial yang memuat naik ayat provokasi) supaya ia dapat menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt Razali Mohd Tahir ketika dihubungi, mengesahka­n menerima laporan berkenaan daripada beberapa pihak di daerah ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia