Utusan Borneo (Sabah)

Sempat ke KLCC, pengalaman akhir sebelum berangkat pulang ke KK

-

MESKIPUN beberapa kali ke ibu negara, mama’ tidak pernah berkunjung ke KLCC. Saya pun sebenarnya jarang ke sana walaupun sering juga ke Kuala Lumpur. Tetapi anak-anak sudah lama mengimpika­n untuk menjejakka­n kaki

ke menara berkembar tertinggi di dunia itu.

Kami sengaja berangkat petang dari rumah, naik LRT dan kemudian turun di KL Central. Dari KL Central itu, kami menunggu anak saudara isteri saya, Aiman Farid, yang seterusnya akan menemani kami ke Menara Berkembar Petronas yang dikenali Menara KLCC.

Menara Berkembar Petronas yang dibina kirakira 452 meter dari tanah, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004. Bangunan setinggi 88 tingkat kini diiktiraf bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Namun begitu, menara ini masih diakui sebagai menara berkembar tertinggi di dunia.

Sebelum itu, kami sempat ke Suria KLCC. Namun tidak sempat berkunjung ke Petrosains, Galeri Petronas, Dewan Filharmoni­k, Pusat Konnvensye­n Kuala Lumpur dan Masjid AsSyakirin.

Kami segera ke Taman KLCC, dan bergambar dengan berlatarbe­lakangkan Menara Berkembar Petronas itu. Menara berkembar itu siap dibina pada 1996, dan menurut Wikipedia, direka oleh Cesar Pelli & Associates bersama arkitek KLCC.

Bangunan itu dirasmikan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, yang kini dikenali dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Bukan saja menara berkembar itu, Tun Dr Mahathir sendiri memegang rekod sebagai tokoh yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali dan kali kedua menjadi PM itu, beliau berusia 93 tahun.

Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan merakamkan keindahan malam di KLCC. Mengambil foto dari pelbagai sudut, pelbagai gaya sebelum anakanak dikalahkan oleh rasa

lapar. Akhirnya kami menyeberan­g jalan mencari KFC. Selepas menikmati malam di KLCC, kami naik LRT lagi untuk pulang ke rumah Lang di USJ 7.

Keesokan harinya, kami mengambil ruang masa yang tersisa untuk berkunjung semula ke Masjid Jamek, untuk membeli barang pesanan. Sekali lagi kami ditemani Aiman, yang kebetulan tak ada kuliah.

Aiman menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kami mengajakny­a untuk berjalan-jalan sambil melihat lihat, manalah tahu ada yang dapat dibeli dengan duit yang tersisa.

Anak-anak tidak ikut. Mungkin kerana mereka letih berjalan tak henti henti, dari Masjid Jamek, hari kedua, sempat pula membeli barangan di kedai jualan murah, selepas itu ke Melaka, kemudian ke KLCC. Berkunjung semula ke Masjid Jamek tidak lagi menarik perhatian mereka.

Maha Besar Allah, kami terserempa­k pula dengan Cikgu Ezoy Sophiann, yang rapat dengan arwah Dr Datu Bandira. Cukup lama kami tak jumpa dan perjumpaan singkat begitu amatlah bermakna.

Ketika berjalan-jalan di gerai gerai Masjid Jamek itu, isteri saya tidak menyangka akan terjumpa rakan sekampung, yang juga keluargany­a yang sejak puluhan tahun sudah bermastaut­in di Kuala Lumpur.

Berkunjung ke Kuala Lumpur bersama keluarga pada awal Disember memberikan pengalaman yang penuh erti. Tetapi yang lebih menggembir­akan sekaligus membuat hati terharu ialah layanan yang begitu baik dari keluarga Ami Alim, Noh, Zu dan Ipah, juga Naling yang sanggup bercuti, dan Aiman yang menemani kami sepanjang berkunjung ke KL. Juga Bi Laila, dan Lang yang sanggup membuat panggilan video kerana kebetulan ketika itu mereka bercuti di India. Meski begitu, kami sangat berterima kasih kerana menginap di rumah mereka sepanjang berada

di Semenanjun­g.

Sepanjang perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dihantar Ami Alim atau Syed Salim, suami Bi Laila, kami tidak banyak bercakap. Sebenarnya masing-masing enggan mengucap kata selamat tinggal atau selamat jalan, tapi perpisahan pasti tiba. Kami menurunkan beg, menyimpann­ya atas troli dan mendorongn­ya masuk ke terminal keberangka­tan.

 ??  ?? BERSAMA Ami Alim (Syed Salim) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur. PENULIS mengabadik­an gambar bersama keluarga di Masjid Jamek. BERGAMBAR di hadapan Menara KLCC.
BERSAMA Ami Alim (Syed Salim) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur. PENULIS mengabadik­an gambar bersama keluarga di Masjid Jamek. BERGAMBAR di hadapan Menara KLCC.
 ??  ?? PERTEMUAN dengan keluarga sekampung di Masjid Jamek.
PERTEMUAN dengan keluarga sekampung di Masjid Jamek.
 ??  ?? BERTEMU rakan di LRT Masjid Jamek.
BERTEMU rakan di LRT Masjid Jamek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia