Utusan Borneo (Sabah)

PdP murid prasekolah tidak terjejas, Pusat Sumber jadi alternatif

Pusat Sumber jadi alternatif, warga sekolah dan PIBG menanti bangunan gantian

- Oleh SALMAN ABADI SAFIAH (dua kiri) bersama sebahagian guru-guru SK Nandagan terkejut dengan kejadian kebakaran itu yang berlaku pada hari pertama sesi persekolah­an 2019.

KENINGAU: Pengajaran dan pembelajar­an (PdP) murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nandagan di sini tidak terjejas dan tetap berjalan seperti biasa walaupun bangunan prasekolah itu musnah dalam satu kebakaran pada petang hari pertama persekolah­an 2019.

Guru Besar SK Nandagan Safiah Abd Mutalib berkata PdP 18 murid prasekolah tetap diteruskan melalui alternatif pihak pengurusan sekolah dengan menumpangk­an sementara kelas itu di bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Bagaimanap­un katanya, pihak sekolah terpaksa mencari alternatif lain untuk menempatka­n murid prasekolah di ruang yang lebih selesa kerana bilik PSS tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan juga tandas.

“Kami (pentadbir) berbincang dan membuat keputusan untuk menumpangk­an murid prasekolah kami di ruang tamu rumah guru yang lebih selesa kerana di situ ada bekalan elektrik dan juga tandas,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Beliau menjelaska­n, isu perabot prasekolah yang musnah ekoran kebakaran itu juga telah berjaya diatasi atas tindakan proaktif, kerjasama dan keprihatin­an beberapa sekolah lain berhampira­n yang tampil membantu memindahka­n lebihan perabot di sekolah mereka untuk menampung keperluan di SK Nandagan, khasnya bagi kelas prasekolah.

Menurutnya, antara sekolah yang ‘meminjamka­n’ perabot sekolah mereka seperti kerusi dan meja ialah SK Bundu Apinapin dan juga SK Ulu Keliawan, Keningau yang bukan sahaja memberi bantuan perabot, tetapi juga alat tulis.

“Ada lagi sekolah yang menawarkan untuk memberi bantuan (kerusi meja), namun kami terpaksa tolak kerana keperluan perabot di prasekolah SK Nandagan sudah mencukupi,” katanya yang baru memulakan tugas sebagai guru besar di sekolah pada 2 Januari lalu sebagai penempatan pertama selepas menduduki kursus NPQEL khas untuk guru-guru besar.

“Ini cabaran pertama saya bertugas pada hari pertama sesi persekolah­an 2019 di sekolah ini,” katanya yang sebelum ini bertugas sebagai Penolong Kanan 1 (Kurikulum) di SK Inanam II, Kota Kinabalu.

Safiah berkata, keprihatin­an para pemimpin dan masyarakat setempat amat terserlah apabila sekolah itu turut dilawati oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rasinin Kautis yang juga Adun Liawan.

Malah, katanya, ada badan bukan kerajaan (NGO) turut melawat dan meninjau kebakaran bangunan prasekolah itu yang merupakan kebakaran pertama tahun ini membabitka­n premis pendidikan.

Menurutnya, pihak sekolah telahpun mengemukak­an laporan dan permohonan penggantia­n bangunan prasekolah itu kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau.

“Warga sekolah dan juga pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah mengharapk­an agar bangunan baharu dapat dibina bagi menggantik­an bangunan prasekolah yang musnah terbakar, demi keselesaan murid belajar dan guru mengajar,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang prihatin membantu sekolah ekoran musibah itu.

Mengulas kejadian kebakaran itu, Safiah berkata semua guru dan kakitangan berada di sekolah selepas sesi pembelajar­an persekolah­an hari pertama kerana mereka mengadakan mesyuarat.

Bagaimanpu­n, mereka dikejutkan dengan api yang marak di bangunan itu dan terus menghubung­i pihak bomba Keningau.

Katanya, guru-guru bersama beberapa penduduk kampung berhampira­n telah cuba memadam kebakaran itu tetapi api marak dan merebak pantas sehingga sukar dikawal serta memusnahka­n hampir keseluruha­n bangunan itu.

Mereka turut bersyukur kerana tiada kemalangan atau kecederaan pada murid atau warga sekolah kerana mereka tidak berada di bangunan itu semasa kebakaran berlaku kira-kira jam 3 petang.

Seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.08 petang.

Api berjaya dipadam beberapa minit selepas itu dan kebakaran itu tidak menjejaska­n bangunan lain kerana ia terletak agak jauh dari kedudukan bangunan bilik darjah yang lain di sekolah itu.

Sementara itu, Unit Pembanguna­n JPNS ketika dihubungi memaklumka­n pihak bahawa permohonan peruntukan pembanguna­n untuk projek gantian bangunan prasekolah itu telahpun dikemukaka­n kepada pihak kementeria­n (KPM) Putrajaya untuk pertimbang­an dan tindakan lanjut.

Bagamanapu­n, tidak dapat dipastikan bila peruntukan itu dapat diturunkan dan berharap pihak sekolah dapat bersabar, di samping mengupayak­an inisiatif dan alternatif lain yang terbaik sementara menunggu peruntukan gantian bangunan serta memastikan PdP tidak terjejas.

Untuk rekod, SK Nandagan yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Keningau merupakan sekolah pedalaman dalam kategori ‘pedalaman dua’ (P2) yang dibina sejak 1970-an dan kini mempunyai seramai 136 murid termasuk prasekolah, 13 guru dan tiga staf sokongan atau anggota kumpulan pelaksana (AKP).

Sementara bangunan prasekolah itu merupakan peluasan 2009 dalam Zon Trusmadi di daerah Keningau dan guru prasekolah itu ialah cikgu Johnny John sambil dibantu seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) prasekolah.

 ??  ?? SAFIAH (tengah) bersama Rasinin Kautis (dua kiri) ketika meninjau kebakaran bangunan prasekolah di SK Nandagan, Keningau.
SAFIAH (tengah) bersama Rasinin Kautis (dua kiri) ketika meninjau kebakaran bangunan prasekolah di SK Nandagan, Keningau.
 ??  ?? BANGUNAN prasekolah SK Nandagan Sook (Keningau) hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada 2 Januari lalu.
BANGUNAN prasekolah SK Nandagan Sook (Keningau) hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada 2 Januari lalu.
 ??  ?? GURU prasekolah, Johhny John meneruskan PdP murid prasekolah dengan menumpang sementara di bilik Pusat Sumber sebelum berpindah ke ruang tamu rumah guru yang ada bekalan elektrik dan tandas.
GURU prasekolah, Johhny John meneruskan PdP murid prasekolah dengan menumpang sementara di bilik Pusat Sumber sebelum berpindah ke ruang tamu rumah guru yang ada bekalan elektrik dan tandas.
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN ruang dan peralatan dapur prasekolah yang musnah dalam kebakaran itu.
KEADAAN ruang dan peralatan dapur prasekolah yang musnah dalam kebakaran itu.
 ??  ?? SAFIAH (dua kanan) berbincang dan beberapa pegawai bomba dari Balai Bomba Keningau yang melakukan siasatan punca dan anggaran kerugian dalam kebakaran itu.
SAFIAH (dua kanan) berbincang dan beberapa pegawai bomba dari Balai Bomba Keningau yang melakukan siasatan punca dan anggaran kerugian dalam kebakaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia